MARQUEZ 14 mata  Vinales dalam perebutan kejuaraan.
MARQUEZ 14 mata Vinales dalam perebutan kejuaraan.
AFP

JUARA dunia Marc Marquez dilihat mampu meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam perlumbaan MotoGP dunia Ahad ini namun dia tetap bimbang dengan cabaran Grand Prix Austria, yang mana dia hanya menduduki tangga kelima pada 2016.

Penunggang Sepanyol itu tampil pada pusingan ke-11 kejuaraan dunia dengan kemenangan berturut-turut di Jerman dan Republik Czech serta kedudukan selesa 14 mata di depan rakan senegara Maverick Vinales dalam perebutan kejuaraan.

MARQUEZ duduki tangga kelima tahun lalu di litar Spielberg.
MARQUEZ duduki tangga kelima tahun lalu di litar Spielberg.

Bagaimanapun, seperti sesetengah pencabarnya, bintang Honda itu bergelut di Red Bull Ring 12 bulan lalu apabila perlumbaan di Austria kembali dalam kalendar buat kali pertama sejak 1997.

“Kami agak bergelut sedikit di litar Red Bull Ring tahun lalu, tapi harapnya tahun ini ia berbeza,” kata Marquez.

“Brno (perlumbaan minggu lalu) biasanya litar yang mencabar buat kami tapi akhirnya kami meraih keputusan yang fantastik, jadi kami menuju ke Austria dengan perasaan positif.”

Grand Prix Austria tahun lalu dimenangi penunggang Itali, Andrea Iannone dengan rakan senegara dan sepasukan dari Itali, Andrea Dovizioso di belakang bagi membolehkan penamat 1-2 Ducati.

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi di tangga keempat 12 bulan lalu dalam perlumbaan yang penuh dengan simbolik - pelumba legenda Giacomo Agostini menang GP Austria pertama pada 1971 apabila ia diadakan di Salzburgring sebelum litar itu diketepikan kerana ia terlalu berbahaya.

Bintang Yamaha, Rossi, kemenangan tunggalnya musim ini hadir di Assen di Belanda, di tangga keempat kedudukan, 22 mata di belakang Marquez dan tanpa sebarang penamat podium dalam dua perlumbaan terakhir.

“Kejuaraan ini masih terbuka dan penting untuk meraih mata sebanyak mungkin,” kata Rossi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2017 @ 11:50 AM