LUKISAN pisang di atas alat penimbang lama.
LUKISAN pisang di atas alat penimbang lama.
LUKISAN pisang nangka dan kelapa tua menarik daripada Nazreen.
LUKISAN pisang nangka dan kelapa tua menarik daripada Nazreen.
LUKISAN minyak menarik yang memaparkan imej halia lakaran daripada Isa.
LUKISAN minyak menarik yang memaparkan imej halia lakaran daripada Isa.
KOLEKSI lukisan menarik daripada Isa.
KOLEKSI lukisan menarik daripada Isa.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


WALAU semoden mana pun gaya hidup yang dijalani di kota raya namun kesederhanaan dan keindahan kehidupan di kampung halaman tidak dapat ditandingi.

Bagi perantau di mana juga mereka berada, kampung halaman akan sentiasa di hati.

Kecintaan terhadap kehidupan dan suasana di kampung mendorong dua pelukis berbakat besar yang juga graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Isa Ishak dan Nazreen Nor kini mengadakan pameran lukisan menarik di ZHAN Art Space, Petaling Jaya, Selangor.

Pameran bertemakan ALAM itu menampilkan 33 karya menarik menggambarkan haiwan, barangan dan objek yang biasa didapati di kampung.

Ia bertujuan mendidik masyarakat untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita terutama alam sekitar.

Menurut Isa, asalnya pameran itu berkonsepkan idea untuk mempersembahkan hasil dari kampung atau buah-buahan kampung dek kerana minatnya sendiri yang semakin gemar berkebun.

ISA dan Nazreen pelukis muda berbakat besar yang mempamerkan koleksi karya menarik bertemakan ALAM.
ISA dan Nazreen pelukis muda berbakat besar yang mempamerkan koleksi karya menarik bertemakan ALAM.

Isa banyak menghabiskan waktu terluangnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkebun bagi menghilangkan perasaan bosan dan ketidaktentuan terhadap 'perintah berkurung' itu.

Kata Isa, cabaran dalam bercucuk tanam benar-benar menginsafkan dirinya mengenai kesukaran yang perlu dihadapi golongan petani setiap hari.

"Ia mendorong saya untuk menghasilkan karya yang sedikit sebanyak dapat memberi penghormatan kepada makanan yang kita makan selama ini.

"Kami mahu meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghargai walau sekecil benda yang ada di sekeliling kita.

SUASANA perkampungan yang menimbulkan mood tersendiri.
SUASANA perkampungan yang menimbulkan mood tersendiri.

"Bawang putih misalnya, walaupun kecil, tapi banyak kegunaannya di dapur, selain turut digunakan dalam perubatan tradisional, ia memiliki banyak manfaat," katanya.

Bagi Nazreen, membesar di ladang ayahnya turut memberi pengalaman hidup tersendiri.

Pengalaman itu turut memberinya peluang mengalami dan merasai sendiri kehidupan di kampung dari sisi yang paling jujur.

"Apapun saya dan Isa berasa bangga dan bersyukur kerana ZHAN Art Space menyokong idea berkenaan untuk mempamerkan karya mengenai buah-buahan kampung.

KUKUR kelapa, alatan yang ada di setiap rumah di kampung suatu ketika dahulu.
KUKUR kelapa, alatan yang ada di setiap rumah di kampung suatu ketika dahulu.

"Jadi, sempena musim cuti perayaan termasuk Tahun Baharu Cina, kami mahu mengadakan pameran yang memaparkan suasana keseronokan balik kampung," katanya.

Sementara itu, koleksi yang menjadi pilihan dalam pameran berkenaan menampilkan karya seni yang kontras antara dua pelukis terbabit bukan sahaja pada teknik malah juga dari sudut perspektifnya.

Menurut pengasas dan kurator galeri berkenaan, Desmond Tong berkata, artis duo itu adalah pasangan sesuai untuk mempamerkan siri karya yang mengetengahkan suasana kampung.

"Kami berharap seleksi karya yang dipersembahkan dapat mengimbau kembali kenangan pengunjung.

PENYAPU, ayam betina, pisang nangka dan sebiji telur daripada Nazreen.
PENYAPU, ayam betina, pisang nangka dan sebiji telur daripada Nazreen.

"Pada masa sama, ia juga dapat mengingatkan kita semua untuk menghargai perkara yang kecil dalam kehidupan," katanya.

Jadi, kepada penggemar seni, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran ALAM yang diadakan sehingga 25 Februari ini.

SIMBOLIK dan tersendiri, karya jujur daripada Nazreen.
SIMBOLIK dan tersendiri, karya jujur daripada Nazreen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 6:30 AM