ANTARA koleksi cincin antik yang berharga.
ANTARA koleksi cincin antik yang berharga.
SYILING dan wang kertas lama yang dikumpul Mohamad Fauzie.
SYILING dan wang kertas lama yang dikumpul Mohamad Fauzie.
KOLEKSI keris antik yang sukar ditemui.
KOLEKSI keris antik yang sukar ditemui.
Hidayatidayu Razali


NILAI estetik barang lama menjadi rebutan pengumpulnya hingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan barangan idaman mereka.

Pengumpul juga sanggup menghabiskan masa mencari barangan itu yang dilihat bernilai lebih tinggi dan memberi keuntungan pada masa hadapan.

Bagi Mohamad Fauzie Kamaruddin, 38, dia mengakui sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit semata-mata untuk membeli barangan antik.

Pemilik Galeri Kraf Warisan Purba itu berkata, minat yang mendalam terhadap warisan barang lama mendorong dirinya mengumpul lebih 10,000 koleksi barang antik yang diperoleh dari dalam dan luar negara.

Hobi itu bermula dengan mengumpul syiling lama ketika usianya baru mencecah 13 tahun.

"Pelbagai jenis syiling lama saya kumpul, ia diperoleh daripada penduduk kampung dan rakan.

"Selepas itu, saya mula mencari sendiri barang antik ini di tapak pelupusan sampah yang berdekatan rumah ibu bapa di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan" katanya kepada Xpresi.

BARANGAN perkakas rumah antik juga berada dalam simpanan Mohamed Fauzie.
BARANGAN perkakas rumah antik juga berada dalam simpanan Mohamed Fauzie.

Menurut Mohamad Fauzie, ketika itu, barang antik mudah didapati kerana tidak ramai yang minat mengumpulnya.

Katanya, dia juga sanggup meredah ke seluruh pelosok kampung mencari barangan yang diinginkan.

"Alhamdulillah, ramai yang mahu menjual barangan antik dan saya menempatkan barangan yang dibeli itu di tempat yang khas kerana ia bernilai tinggi selain sukar diperoleh pada masa ini," katanya.

Bapa kepada lima anak berusia antara empat hingga 13 tahun itu berkata, pada usianya 16 tahun, dia dihadiahkan sebilah pedang Melayu oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai gurunya dan sejak itu minat menyimpan serta mengumpul barang antik semakin mendalam.

PASU naga antik yang menjadi buruan ramai.
PASU naga antik yang menjadi buruan ramai.

Katanya, ketika remaja dia mula bekerja di Pelabuhan Kuantan, Pahang dan menggunakan wang simpanan sebanyak RM2,000 sebagai modal untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan lama dari dalam dan luar Kelantan.

"Biasanya saya akan bertanya kepada orang yang saya kenali terlebih dahulu sama ada mereka mempunyai barangan lama yang tidak mahu disimpan dan adakah berhajat untuk menjual.

"Ini kerana ramai yang tidak gemar menyimpan barang lama terutama barangan pusaka dan mahu menjualnya," katanya.

Jelas Mohamad Fauzie lagi, pada awal pembabitan, dia hanya menjadi pengumpul sahaja kerana masih bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.

LEMBING antik dijaga rapi.
LEMBING antik dijaga rapi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 6:40 AM