GAYA ranggi CFMoto 450MT.
GAYA ranggi CFMoto 450MT.
Lizam Ridzuan


SEJAK diperkenalkan di pameran EICMA, Itali pada 2023, motosikal ini menarik perhatian kerana menyerlahkan rekaan pengembaraan gaya lasak.

CFMoto 450MT akhirnya dilancarkan baru-baru ini ke dalam pasaran negara ketika Pameran Automotif Malaysia (MAS2024) dengan dua varian iaitu Standard dan X.

Sesuai untuk laluan jalan raya ataupun lasak, model ini dikuasakan dengan enjin 450cc dua silinder sejukan cecair DOHC menjana 43.5 kuasa kuda (hp) pada 8,500rpm dan tork 44Nm pada 6,250 rpm.

Ia juga dengan kerangka treliis motosikal keluli Chrome-molybdenum dan berat jentera 175 kilogram (kg) dengan suspensi hadapan 41 milimeter (mm) dan 200 mm.

Sebagai model pengembaraan ia didatangkan dengan rim 21 inci hadapan dan belakang 18 inci bagi kesesuaian menempuh pelbagai permukaan dan halangan dan jarak kelegaaan jalan sekitar 220 mm.

Selain itu untuk kepuasan pemanduan laluan lasak ia juga dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi Saluran Bosch yang boleh dinyahaktfikan serta Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Ciri lain dengan kedudukan pelana 820 mm (opsyen 870mm), sim jejari, pedal metal dan getah, paparan meter TFT, pengecas USB, tangki bahan api 17.5 liter dan pelindung angin boleh laras gaya rali.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga bermula dari RM28,888 dengan dua tahun jaminan pengeluar tanpa had perbatuan.

Kedua varian iaitu Standard dan X dibezakan menerusi bekas simpanan barangan atas dan sisi yang menambah gaya penggembaraan jentera ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 6:57 AM