SUV premium Volkswagen.
SUV premium Volkswagen.

Lizam Ridzuan

[email protected]

Sejak diperkenalkan dalam pasaran global pada 2002, ia sudah terjual lebih 1.14 juta unit di seluruh dunia yang juga adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama Volskwagen.

Selepas lebih sedekad tidak berada dalam barisan penawaran model tempatan, akhirnya baru-baru ini Volkswagen Passenger cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan kembali model itu menerusi model Touareg R-Line Serba Baharu.

Ia adalah model generasi ketiga dan pemasangan tempatan (CKD) pertama di luar Eropah (Slovakia) yang dipasang di Pekan, Pahang dan untuk model ini hanya ditawarkan dengan satu varian iaitu R-Line di sini.

Model ini dikuasakan dengan enjin 3.0 liter V6 pengecas turbo TSI yang menghemburkan kuasa 340PS dan tork sehingga 450Nm serta pacuan semua roda (AWD) menerusi transmisi 8-kelajuan automatik sistem 4Motion pintar.

Untuk rekaan luaran model ini tampil dengan ciri-ciri garisan lebih tajam yang menyerlahkan gaya lebih garang terutama pada bahagian hadapan dengan gril radiator, lampu utama dan bahagian bampar yang menerima sentuhan rekaan baharu.

KOKPIT elemen teknologi.
KOKPIT elemen teknologi.

Pada bahagian belakang dengan jalur lampu melintang merah yang pertama untuk pasaran di Malaysia kerana sebelum ini ia hanya ditawarkan untuk negara China dan Amerika Syarikat.

Menerusi pakej R-Line menggabungkan rekaan lebih sporty serta padanan rim aloi Braga 20 inci, kemasan krom serta log R pada bahagian pintu dan grol hadapan menyerlahkan kemasan.

Lampu hadapan IQ.Light HD Matrix baharu adalah salah satu sistem lampy terbaik di dunia dengan lebih 38,000 unit LED mikro interaktif untuk pencahayaan lebih baik.

Ia yang dibina di atas platfrom MLB Evo daripada Volkswagen Group yang turut dikongsi bersama model lain seperti Lamborghini Urus dan Audi Q8, Porsche Cayenne dan Bentley Bentayga menawarkan kabin yang luas untuk lima tempat duduk.

Ia juga dengan Innovision Cockpiti iaitu paparan digital terdiri daripada Digital Cockpit 12.3 inci pemandu dan infotainmen Discover Pro Max bersaiz 15 inci dengan keterhubungan aplikasi serta pengecasan tanpa wayar.

Paling menarik sudah tentu sistem bunyi 730W Dynaudio Consequence dengan 13 pembesar suara dan sub-woofer berada dalam but umpama mendengar muzik di dalam konsert.

Sistem kawalan suhu 4 zon menawarkan ruang kabin lebih selesa dan boleh disesuaikan untuk penumpang hadapandan belakang.

ENJIN 3.0 liter V6 pengecas turbo.
ENJIN 3.0 liter V6 pengecas turbo.

Ia juga dengan Kerusi Suhu Aktif untuk keselesaan kepada pemandu dan penumpang hadapan.

Untuk pengendalian ia dengan suspensi udara larasan automatik sebagai ciri standard dan menawarkan keselesaan terbaik yang akan mengubahsuai ketinggian mengikut keadaan permukaan jalan.

Ia juga akan rendah sebanyak 40 milimeter (mm) untuk memudahkan ursan muatnaik barangan daripada kargo dan Touareg juga boleh mengharungi air dengan kedalaman sehingga 550mm.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan,

ia juga dengan ciri Night Vision, IQ.Drive yang menawarkan ciri keselamatan aktif dan pasif agi mengurangkan keletihan dan tekanan.

Ia meliputi Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go, Paparan Persekitaran, Bantuan Brek Hadapan Kecemasan Autonomi, Brek Pasca Perlanggaran Automatik, Bantuan Kekal Laluan, Bantua Trafik Melintas Hadapan dan banyak lagi.

Terdapat lima pilihan warna ditawarkan iaitu Biru Lapiz, Kelabu Silicon, Hitam Grenadilla, Putih Oryx dan Perak Dolomite.

Touareg R-Line Serba Baharu dijual pada harga RM469,990 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar, penyelenggaraan percuma dan bantuan di jalan lima tahun tanpa had perbatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 7:00 AM