CAYENNE baharu tampil ciri tempatan.
CAYENNE baharu tampil ciri tempatan.

MENGAJAK pemilik 'menerjah' aktiviti aktif adalah idea yang diketengahkan untuk model Porsche Cayenne Baharu 2023 yang dilancarkan baru-baru ini.

Untuk itu satu sesi pandu uji media diadakan dan Vroom berpeluang menyertainya yang dianjurkan oleh pengedar utamanya Sime Darby Auto Performance (SDAP) (Porsche Malaysia).

Konsep pandu uji untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kekal dengan gaya aktif dan ia diadakan dari Shah Alam menuju ke Ipoh, Perak merangkumi laluan lebuh raya dan jalan persekutuan termasuk jalan desa di Chui Chak, Langkap yang menyajikan pemandangan sawah padi menarik.

Penulis memulakan pemanduan dengan dua media lain dalam kenderaan ini, dan prestasi yang ditawarkan sangat lancar dan responsif menerusi enjin 3.0 liter V6 turbo menjana kuasa 353PS iaitu peningkatan sebanyak 13PS daripada model terdahulu.

Ia juga dengan daya tork 500Nm adalah lebih 50Nm serta dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan Tiptronic S dan mod pemanduan terdiri daripada Normal, Sport dan Sport Plus dan Individual.

Pecutan di atas lebuh raya ternyata mengasyikkan sehingga tidak sedar sudah mencapai kelajuan tinggi, begitulah jika memandu kenderaan sebegini.

Kami juga berpeluang memandu dalam kawasan laluan tidak berturap di tepian lombong tinggal di Batu Gajah, Perak untuk merasai ciri Off-Road dengan piihan sand, gravel, mud, rock. Malah suspensi untuk off-road boleh dilaras pada dua ketetapan.

Paling menarik ialah ia dilengkapi dengan Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (PASM) dengan teknologi sistem suspensi udara adaptif dengan dua 'chamber' dan dua injap bagi disesuaikan dengan gaya pemanduan dan permukaan jalan membolehkan penulis merasakan kepuasan pemanduan.

Selain ciri enjin dan suspensi baharu, ia juga dengan rekaan luaran dan dalaman yang diperkemaskan menampilkan ia lebih moden dan prestasi kekal DNA Porsche itu sendiri.

Ia kini tampil dengan rekaam bonet diperbaharui dengan bahagian sisi lebih tinggi, rakaan bampar baharu dengan kemasukan liang udara lebih besar, lampu utama LED.

Cayenne baharu ini juga dengan rekaan lampu belakang yang diperbaharui, bampar belakang baharu dengan pemegang nombor pendaftaran bersepadu, pintu belakang lebih lebar dan padanan rim bersaiz 20 inci.

Ruang kabin juga dengan papan pemuka baharu menampilkan dengan meter pemandu melengkung bersaiz 12.6 inci, roda stereng Sport baharu dengan pedal gear, suis mod pemanduan serta Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) bersaiz 12.3 inci Pakej Chrono Sport dan 'soft-close doors.

Tampil lebih mewah dengan sistem bunyi Bose, ruang pengecasan telefon tanpa wayar, serta kemasan dalaman kulit merah dan hitam Bordeaux atau hitam.

Ia juga dengan Sistem Kualiti Udara baharu bagi melindungi pemandu dan penumpang daripada udara luar dengan sisi Ioniser dan pengesan habuk tahap PM 2.5.

Untuk penulis berada di dalam kenderaan ini ternyata selesa dengan alatan yang mudah dikendalikan serta untuk penumpang dengan jarak unjuran kaki dan kepala yang baik menambah keselesaan sepanjang perjalanan.

Kerusi kulit dengan 14 ketetapan posisi larasan elektrik dengan logo model pada bahagian penahan kepala kerusi hadapan menambah gaya mewahnya.

Untuk ruang simpanan belakan seluas 772 liter hingga 1,708 liter ketika kerusi belakang jatuhan 40:20:40 dilkukan menambah ciri praktikal.

Selain itu dengan tangki bahan api 90 liter ia mampu menjangkau lebih 700 kilometer (km) membolehkan ia untuk lebih kelegaan melakukan perjalanan jauh.

Ciri keselamatan dengan Pengursan Cengkaman Porsche (PTM), sistem pacuan semua roda dengan Sistem Pengurusan Porsche (PSM), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pebolehubah Breka automatik (ABD) kawalan tork sereta enjin (MSR) dan Kawalan Pelayaran Adaptif antara yang dilengkapi padanya.

Secara keseluruhan selepas sesi pandu uji dilakukan, penulis berpendapat Cayenne ini bukan sekadar melambangkan status pemiliknya tetapi juga menawarkan gaya hidup aktif dengan keupayaan melalui jalan off-road sederhana utntuk ke lokasi hutan atau pusat rekreasi pilihan dan sudah pasti gaya 'glamping' cukup sesuai buat golongan pemiliknya.

Ia diserlahkan dengan tapak binaan khas yang dilakukan oleh Porsche Malaysia di kawasan Temoh, Perak cukup mengujakan dan tampil dengan ciri mewah gaya tersendiri untuk Cayenne dengan khemah tersedia di atas bumbung daripada aksesori Porsche Tequipment menarik perhatian.

Keindahan lokasi sepanjang perjalanan, bandaraya Ipoh yang tenang serta lokasi makanan yang menarik adalah pakej yang menarik untuk berada dalam 'kereta sport car untuk lima penumpang' ini.

Paling penting model ini adalah pemasangan tempatan (CKD) di Kulim Kedah dengan ciri khusus untuk pelanggan di negara ini adalah yang pertama di luar Eropah untuk Porsche AG dan model ini ditawarkan pada harga RM599,999 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2023 @ 6:55 AM