CIVIC Type-R Serba Baharu 2023 serlah sisi perlumbaan sah jalanan.
CIVIC Type-R Serba Baharu 2023 serlah sisi perlumbaan sah jalanan.
Lizam Ridzuan


IA ditawarkan buat kaki kereta yang berkemampuan dan mahukan kepuasan bagi pemanduan jalanan serta bagi tujuan di litar.

Dibangunkan bagi tujuan prestasi, Honda Civic Type R FL5 Serba Baharu 2023 diperkenalkan baru-baru ini untuk pasaran Malaysia dengan versi import sepenuhnya (CBU) oleh Honda Malaysia.

Ia ditawarkan pada harga RM399,900 dan untuk tahun ini hanya ditawarkan 19 unit dan lebihan tempahan akan dibawa ke tahun hadapan.

Tampil gaya rekaan hot-hatch ia menyerlahkan gaya sporty kenderaan perlumbaan dengan gril hadapan berfungsi untuk aliran udara, fender hadapan untuk mengurangkan tekanan angin pada roda serta kemasan sisi bagi aliran angin pada roda belakang.

RUANG kabin gabungan merah dan hitam.
RUANG kabin gabungan merah dan hitam.

Spoiler aluminium dan diffuser menawarkan kestabilan, meningkatkan downforce dan meminimumkan seretan aerodinamik bagi prestasi lebih baik.

Ciri lain yang menyerlahkan Type R ialah rim bersaiz 19 inci Hitam dan logo Type R dengan logo Honda merah pada gril hadapan dan pintu belakang.

Untuk enjin ia dijana dengan 2.0L VTEC Turbo yang menghamburkan kuasa 319PS pada 6,500rpm dan tork 420Nm pada 2,600 hingga 4,000rpm dengan tenaga yang dipertingkatkan serta mampu memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 5.5 saat.

Kelajuan maksimum pula boleh mencapai sehingga 272 kilometer/sejam (km/j).

CIRI manual enam kelajuan.
CIRI manual enam kelajuan.

Menerusi kotak gear manual enam kelajuan LSD, pacuan roda hadapan (FWD) dan sistem Kawalan Bunyi Aktif, ia turut menawarkan empat mod pemanduan iaitu Comfort, Sport, +R dan individual bagi disesuaikan dengan karakter pemandu.

Ruang kabin dengan konsep Humah Machine Interface (HMI) serta kemasan warna hitam dan merah untuk konsep keseluruhan.

Elemen unik dengan aplikasi Honda Log R yang direka bagi mencapai catatan masa terbaik dalam litar dengan pengesan dan komputer binaan dalam bagi memantau parameter untuk pelbagai prestasi.

ENJIN 2.0 liter VTEC Turbo.
ENJIN 2.0 liter VTEC Turbo.

Kerusi sport Type R adalah padanan prestasi dan keselesan, konsol tengah dan tombol gear aluminium, nombor siri Type R dan pendingin hawa ciri eksklusif.

Ia juga dengan paparan audio 9 inci, pengecas tanpa wayar, kamera undur pelbagai sudut, lapan beg keselamatan dan Honda Sensing lapan ciri termaju.

Selain itu ciri lain dengan brek parkir elektrik dengan fungsi auto-hold, pengecas telefon tanpa wayar, sistem pendingin hawa dwizon menjadikan ia selesa bagi pemanduan harian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 7:01 AM