KELAB kereta Puma pertama kali diadakan.
KELAB kereta Puma pertama kali diadakan.
Lizam Ridzuan


Acara Kelab Kereta Puma yang pertama di Asia Tenggara diadakan di Depoh Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini menggabungkan elemen sukan permotoran, gaya, makanan dan hiburan dalam satu acara.

Menghimpun kelab permotoran kereta sport dan berprestasi tinggi Eropah di Malaysia, ia juga dihadiri oleh Duta SEA jenama itu Yoshihiro Akiyama atau Choo Sung-hoon, 48, juga dikenali sebagai Sexyama yang juga atlit profesional Mixed martial artsĀ (MMA).

Beliau adalah berdarah campuran Jepun dan Korea pernah mewakili Jepun pada sukan Asia 2002 untuk acara Judo dan memenangi pingat emas.

Berkesempatan bertemu peminat, kunjungan ini adalah kali pertama beliau ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan minatnya dalam dunia permotoran.

"MMA dan sukan permotoran memerlukan daya tumpuan yang tinggi untuk melakukannya dengan baik. Saya kini semakin berusia, tetapi akan terus bekerja keras untuk memberi inspirasi kepada mereka menjadi ikon harapan untuk lelaki pertengahan usia," kata Choo.

AKTIVITI Tamiya.
AKTIVITI Tamiya.

Selain Malaysia, wakil kelab dari negara serantau yang lain seperti Singapura dan Indonesia hadir memeriahkan suasana.

Antara aktiviti lain diadakan ialah sudut kereta Tamiya yang mana peminat berpeluang berlumba dalam litar mini disediakan yang mengimbau zaman kanak-kanak dahulu.

Ruang Playstation juga disediakan untuk peminat e-sukan berlumba dalam permainan simulator, persembahan BMX serta kumpulan Pop Shuvit membuat kemunculan pertama selepas sekian lama tidak muncul di pentas hiburan antara yang menarik.

Juga Sudut bengkel Car Scent memberi peluang kepada tetamu untuk mencipta wangian kereta yang sesuai untuk mereka.

Sesuai dengan tema Forever Faster, dalam acara ini Puma juga melancarkan koleksi terbaharu mereka untuk musim sejuk dan luruh 2023 dengan harga daripada RM159 hingga RM729.

SEXYAMA melakukan kemunculan istimewa.
SEXYAMA melakukan kemunculan istimewa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2023 @ 6:13 AM