MOKHZANI (tiga dari kanan) dan Ali (empat dari kanan) ketika melancarkan acara Retro Havoc 2023 di Petaling Jaya siang tadi.
MOKHZANI (tiga dari kanan) dan Ali (empat dari kanan) ketika melancarkan acara Retro Havoc 2023 di Petaling Jaya siang tadi.
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Karnival sukan permotoran Retro Havoc 2023 kali ke-8 bakal diadakan pada Sabtu 27 Mei di ruang parkir pusat membeli-belah The Curve.

Lebih 1,000 buah kenderaan vintaj dan 50 buah motosikal retro selain kehadiran jemputan istimewa pembina khas (custom) kereta dari Jepun dan 30 reruai model die-cast memeriahkan acara selama satu hari itu.

Penganjurnya dan Presiden Retro Havoc Mohamad Ali Mohamad Said berkata tahun ini dijangka lebih 30,000 pengunjung bakal hadir berdasarkan pra-tempahan tiket yang sudah terjual sebanyak 10,000 keping.

"Jika dibandingkan tahun lalu sebanyak 22,000 pengunjung hadir untuk acara ini di lokasi yang sama dan kami ambil langkah awal menjual tiket lebih awal bagi mengelakkan barisan panjang di pintu masuk utama dan merancang untuk mengadakan Retro Havoc selama dua hari pada tahun hadapan,"

"Saya jangkakan kehadiran lebih tinggi kali ini berdasarkan tambahan acara iaitu penyertaan kumpulan motosikal retro antara kelainan dan tarikan ke acara ini," katanya ketika majlis pelancaran siang tadi.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Mohd Azhari Mohamad.

Retro Havoc 2023 kali ke-8 bakal menawarkan motosikal Honda C70 'custom' sebagai hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung dan acara ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2023 @ 1:13 PM