PUSAT 4S GWM terbesar di Malaysia.
PUSAT 4S GWM terbesar di Malaysia.
Lizam Ridzuan


SEBAGAI penawaran kepada kualiti produk dan perkhidmatan selepas jualan terbaik, Great Wall Motor (GWM Malaysia) merasmikan Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Badan Kenderaan dan Cat (4S) yang pertama di negara ini.

Berkeluasan 10,000 kaki persegi, ia bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik menerusi pengedarnya Superhub Auto.

Selain ruang pameran yang boleh memuatkan 12 model kenderaan, ia juga menyediakan ruang rehat, menunggu dan perbincangan untuk pelanggan serta tujuh tapak servis bagi kelancaran operasi.

Ia juga berkeupayaan untuk melakukan servis kenderaan sebanyak 250 unit sebulan menerusi kakitangan yang berjumlah 40 orang keseluruhan.

Pusat 4S ini dirasmikan oleh Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui.

GWM kini menaruhkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval H6, kenderaan elektrik (EV) Ora Good Cat dan trak pikap Cannon sebagai tarikan utama pembeli jenama itu di negara ini.

Selain itu, bagi menilai akan kualiti dan prestasi, pelanggan juga boleh memandu uji model kenderaan.

Menerusi pembukaan Pusat 4S terbesar untuk jenama ini, ia melihatkan akan komitmen syarikat untuk meluaskan lagi pasaran GWM di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2023 @ 6:12 AM