MENGGUNAKAN kuasa elektrik.
MENGGUNAKAN kuasa elektrik.
Lizam Ridzuan

Bukan saja kenderaan elektrik (EV) malah pasaran kini turut 'dilambakkan' dengan pelbagai motosikal termasuk skuter elektrik.

Baru-baru ini, sesi tunggang uji khusus untuk media membabitkan skuter Tailg Ebixon Bold dan Torq dijalankan oleh pengedar utamanya di negara ini iaitu Ni Hsin EV Tech.

Tunggangan dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dengan destinasinya membabitkan Bukit Antarabangsa dan Menara Kuala Lumpur.

Model Bold adalah skuter elektrik yang sesuai untuk kegunaan dalam bandar dengan kelajuannya sehingga 70 kilometer/sejam (km/j).

Menerusi satu pengecasan penuh bateri, ia mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 120km.

Ia dijana motor elektrik berkuasa 1,500 watt dan 72 voltan yang menjana tork 35Nm.

TAILG Ebixon Torq.
TAILG Ebixon Torq.

Ia didatangkan dengan ciri pengecas USB, suspensi hadapan teleskopik serta suspensi belakang spring, brek cakera hadapan dan belakang, kluster meter digital, lampu LED selain sistem pertukaran bateri.

Untuk model Torq, ia lebih disasarkan untuk tujuan perniagaan (B2B) dengan bahagian belakangnya boleh diletakkan peti binaan khas.

Torq mampu menjelajah sehingga 200km dengan kelajuan maksimum 90 km/j.

Sesuai sebagai skuter EV, kedua-dua skuter ini memerlukan tempoh pengecasan dua hingga lapan jam.

Tampil menarik, skuter ini didatangkan dengan gear undur serta elektrik motor 72V dengan janaan kuasa 5,000W menghasilkan tork 74Nm.

Berkaitan tunggangan, kedua-dua skuter ini cukup lancar dan responsif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2023 @ 12:29 PM