PERJALANAN konvoi lancar.
PERJALANAN konvoi lancar.
Lizam Ridzuan


Hanya wanita yang layak untuk 'join' kumpulan ini.

Ia syarat utama bagi menyertai sekumpulan wanita yang gemar dengan aktiviti berkonvoi walaupun hanya untuk 'makan-makan' saja.

Terkini, sekumpulan lebih 15 penunggang wanita ini, dengan menunggang Harley-Davidson, Honda, Yamaha, Kawasaki dan BMW, berkonvoi ke ke Ipoh, Perak sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Bertemakan merah dan hitam, kumpulan ini memulakan konvoi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Projek Lebuhraya Utara Selatan terus ke Tanjung Malim, Perak untuk bersarapan.

Penyelaras program konvoi, Salamah Idris berkata, mereka kemudian ke Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak untuk bergambar sebelum ke Ipoh bagi menikmati hidangan dimsum selepas lebih dua jam menunggang.

MENIKMATI dimsum di Ipoh.
MENIKMATI dimsum di Ipoh.

"Program 'ride' untuk wanita saja ini bukan kali pertama dianjurkan.

"Kami sering ke destinasi pilihan, termasuk paling jauh ke Pulau Pinang. Selain meningkatkan keyakinan diri, ia juga untuk kami merasai keseronokan menunggang jentera masing-masing," katanya.

Walaupun perjalanan agak perlahan kerana perlu menempuh kesesakan sempena cuti perayaan, namun konvoi berjalan lancar.

Menurut Salamah, semua peserta juga selamat tiba ke rumah masing-masing sejurus program tamat.

"Tunggangan akan diadakan lagi dan destinasi seterusnya berkemungkinan adalah Temerloh, Pahang dan Kelantan," katanya.

KONVOI bertemakan merah dan hitam.
KONVOI bertemakan merah dan hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2023 @ 6:23 AM