Sebahagian peserta acara Toyota OutRun 2023.
Sebahagian peserta acara Toyota OutRun 2023.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Lebih 4,300 peserta menyertai acara larian Toyota OutRun 2023 yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) selepas hampir empat tahun tidak diadakan.

Penganjuran kali kedua itu diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur seiring dengan tema 'All for One, Run for All' dalam menjadikan aktiviti larian sebagai salah satu aktiviti yang sihat selain mencabar keupayaan diri bersama komuniti.

Presiden UMWT, Ravindran K berkata, pihaknya gembira melihat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan untuk acara larian itu yang dilakukan pada skala lebih besar berikutan kejayaan acara pertama pada 2019.

"Sebagai sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), kami bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan

Malaysia (NCSM) untuk inisiatif tahun ini, di mana 100 peratus daripada hasil pendaftaran bernilai kira-kira RM170,000, akan disumbangkan kepada mereka," katanya.

Kanak-kanak antara yang turut serta dalam acara berkenaan.
Kanak-kanak antara yang turut serta dalam acara berkenaan.

Acara tahun ini dianjurkan dengan dua kategori perlumbaan iaitu 5 kilometer (km) dan 10 km serta ia turut dipenuhi pelbagai aktiviti sampingan yang menyeronokkan seperti bengkel konkrit dan tumbuhan yang diadakan di kawasan 'perkampungan perlumbaan'.

Para peserta turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis, De Fam, serta penampilan duta Toyota Yaris, Janna Nick.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2023 @ 4:17 PM