Lizam Ridzuan


CROSSOVER premium Toyota Veloz.
CROSSOVER premium Toyota Veloz.

KEPERLUAN mobiliti untuk keluarga di Malaysia kini bukan sahaja memfokuskan kepada ciri praktikal, malah perlu hadir dengan rekaan menarik.

Untuk itu, menambah kepada kepada barisan sedia ada model Toyota di negara ini, pengedar utamanya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan model Toyota Veloz Serba Baharu.

Menerusi konsep 'Happines Inside Out', ia menawarkan konsep Crossover dengan ciri keselesaan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi memenuhi keperluan gaya hidup seisi keluarga.

Toyota Veloz sebagai model pemasangan tempatan (CKD) ini adalah pengganti kepada model MPV segmen-B iaitu Toyota Avanza.

Untuk rekod, Toyota Avanza terjual sebanyak 178,000 unit sejak diperkenalkan 18 tahun lalu.

Sesuai dengan peredaran zaman, Veloz tampil dengan gaya lebih ranggi, sesuai buat keluarga muda.

Ia dilengkapi lampu utama LED dan 'Follow Me Home' serta Lampu Nyalaan Siang (DRL).

Pada masa sama, ia didatangkan dengan rim aloi 17 inci selain rel bumbung untuk ruang simpanan tambahan sehingga 75 kilogram (kg).

REKAAN belakang dengan lampu LED merentasi pintu.
REKAAN belakang dengan lampu LED merentasi pintu.

Dengan tujuh tempat duduk, ia cukup selesa bagi penumpang, malah barisan tempat duduk belakang boleh direbahkan untuk lebih ciri praktikal.

Ia juga dilengkapi meter LCD tujuh inci dengan empat pilihan paparan grafik.

Selain itu, roda sterengnya memiliki pelbagai butang fungsi selain sistem infotainmennya bersaiz sembilan inci dengan keterhubungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Untuk kemudahan pengguna, model ini dilengkapi tiga pengecas USB, pengecas tanpa wayar, soket 12 voltan dan 15 ruang meletak botol air minuman.

Ruang kargonya turut dilengkapi ruang simpanan rahsia bagi storan barangan kecil seperti kasut.

PAPAN pemuka elegan.
PAPAN pemuka elegan.

KAPASITI muatan tujuh tempat duduk.
KAPASITI muatan tujuh tempat duduk.

Ia juga dilengkapi penyaman udara automatik termasuk pada baris belakang dengan saluran khusus untuk penumpang pada bahagian siling.

Berbanding Avanza, dengan pacuan roda belakang (RWD), Toyota Veloz Serba Baharu ini dibina menerusi platform

pacuan roda hadapan (FWD) baharu.

Ia dikuasakan enjin 1.5L (2NR-VE), DOHC, 16 injap dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) dan dwi VVT-i.

Ia juga dilengkapi transmisi tujuh kelajuan CVT serta menawarkan kuasa 106PS pada 6,000 rpm dan tork 138Nm pada 4,200 rpm.

RUANG simpanan ‘rahsia’.
RUANG simpanan ‘rahsia’.

SESUAI untuk mobiliti keluarga.
SESUAI untuk mobiliti keluarga.

Veloz didatangkan dengan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Power.

Sesuai untuk gaya hidup aktif, bahagian belakangnya memiliki jarak kelegaan jalan 205 milimeter (mm).

Jarak kelegaan sisi pula 190mm.

Ciri 'Toyota Safety Sense' (TSS) pula antaranya membabitkan Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Mencegah Keluar Lorong.

REL bumbung.
REL bumbung.

Selain TSS, ia juga dilengkapi Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) yang membolehkan kelajuan dan pergerakan kenderaan mengikut keadaan pergerakan trafik.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Perak Metalik dengan bumbung hitam, Biru Metalik dengan bumbung hitam, Hitam Bluish Metalik dan Merah Metalik.

Toyota Veloz Serba Baharu ditawarkan menerusi satu varian dengan harga jualan RM95,000 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Sebagai promosi akhir tahun, Toyota turut menawarkan rebat tunai, aksesori percuma pada model terpilih sehingga RM4,000 dan pinjaman 100 peratus dengan ansuran bulanan serendah RM515.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 6:13 AM