AVETA SVR180
AVETA SVR180
Lizam Ridzuan


Model supermoped terbaharu, Aveta SVR180, diperkenalkan baru-baru ini dengan ciri dan rekaan terkini.

Ia dikuasakan dengan enjin 175cc, 4 lejang, DOHC, sejukan cecair silinder tunggal.

Ia mampu menjana 16 kuasa kuda (hp) pada 8,500 rpm dan tork 15.5Nm pada 7,000 rpm.

Jentera ini datang dengan transmisi 6 kelajuan serta mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 140 kilometer/sejam (km/j).

SVR180 juga diberi penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan enjinnya mematuhi piawaian Euro4.

Ia juga dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang.

Selain meter digital sepenuhnya, ia juga dilengkapi lampu hadapan dan belakang LED serta lampu nyalaan siang (DRL).

Dengan kapasiti bahan api 6.6 liter, ia mampu menjangkau perjalanan sehingga 300km, bergantung kepada tunggangan.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu biru, hitam, cyan dan merah dengan harga jualan RM9,988 (atas jalan tanpa insurans), jaminan dua tahun pengeluar atau 20,000km, yang mana lebih dahulu.

Aveta Malaysia selaku pemasang dan pengedar utama motosikal Aveta untuk pasaran di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2022 @ 7:00 AM