ELEMEN aerodinamik dipertingkat.
ELEMEN aerodinamik dipertingkat.
Lizam Ridzuan


FERRARI 296 GT3 bakal membuat kemunculan pertama pada perlumbaan Daytona 24 jam 2023 dan ia adalah ciri kenderaan masa hadapan untuk perlumbaan GT bagi Ferrari.

Meneruskan legasi model 488 GT3, Ferrari 296 GT3 kini dilengkapi pelbagai elemen aerodinamik.

Model ini dibangunkan Ferrari bagi meneruskan tradisi juara Le Mans 24 jam pada 1949 menerusi jentera 166 MM.

Berkongsi trenkuasa yang sama dengan 296 GTB, Ferrari 296 GT3 didatangkan dengan enjin 3.0 liter V6 pengecas turbo dan motor elektrik.

Ia mampu menjana 818 kuasa kuda (hp) dan didatangkan dengan kotak gear enam kelajuan 'transversal sequential'.

Model ini juga diperhalusi dengan setiap sudut dan kemasannya mematuhi undang-undang perlumbaan GT3.

Ia juga lebih kompak dengan pusat graviti lebih rendah. Berat yang berkurangan membantunya mencapai tahap kuasa lebih tinggi.

Kabinnya direka semula sepenuhnya untuk capaian lebih baik kepada pemandu tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan keselesaan.

Kokpitnya direka bagi memberikan kedudukan pemanduan terbaik.

ENJIN enam silinder V.
ENJIN enam silinder V.

Kedudukan tempat duduk Sabelt pula memberikan pemandu penglihatan yang optimum sama ada siang mahupun malam.

Ia juga menambah tahap keselesaan baharu untuk pemandu yang berbeza saiz. Pemandu juga boleh menggunakan pedal serta stereng boleh laras bagi mencari kedudukan terbaik mereka di dalam kereta.

Sistem penyaman udara dan aliran udara di dalam kabin direka untuk menyediakan pengudaraan yang mencukupi dalam semua keadaan seterusnya membantu pemandu menumpukan perhatian dalam perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2022 @ 7:00 AM