Lizam Ridzuan


GAYA tampil premium.
GAYA tampil premium.

SELEPAS pelancaran model Perodua Alza Serba Baharu, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) tidak menunggu lama untuk menganjurkan sesi pandu uji khusus untuk media ke Kota Bharu, Kelantan.

Program berkenaan, 'Alza Serba Baharu Pakat Mari Kota Bharu', bermula dari ibu pejabat Perodua di Rawang, Selangor dengan lebih 30 wakil media permotoran tempatan dijemput sebagai antara yang terawal menilai keupayaan serta prestasi kenderaan pelbagai guna (MPV) popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini.

Vroom berpeluang menguji Alza Serba Baharu varian AV.

Selepas taklimat, acara pelepasan dilakukan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.

Perjalanan dimulakan dengan menghala ke Batang Kali menuju ke kaki Genting Highlands sebelum turun ke Lebuhraya Pantai Timur menerusi Genting Sempah untuk ke Kuantan, Pahang.

Antara perkara pertama yang dapat penulis rasakan ialah ruang dalamannya cukup selesa dan luas malah unjuran kaki untuk penumpang belakang juga amat memuaskan.

Di jalan berbukit, kuasa enjinnya mendatar, namun ia sudah memadai bagi pemanduan biasa.

PANDANGAN sisi Alza Serba Baharu.
PANDANGAN sisi Alza Serba Baharu.

Pengendalian di lokasi berkenaan juga mantap termasuk kurang kesan hayunan atau olengan.

Di lebuh raya, pada kelajuan tinggi, Perodua Alza Serba Baharu masih lagi stabil serta lancar.

Untuk rekod, Perodua Alza Serba Baharu dikuasakan enjin 1,496cc, 4 silinder, DOHC, EFI, dwi VVTi yang mampu menjana 104.6 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm menerusi kotak gear D-CVT.

Sebaik tiba di Kuantan, indikasi bahan api menunjukkan ia masih berbaki satu bar dengan jarak capaian sehingga 300 kilometer (km) walaupun MPV ini dipandu pada kelajuan tinggi sepanjang masa.

Selepas makan tengah hari di Kuantan, giliran rakan penulis memandu pada kelajuan biasa. Bagi perjalanan sehingga ke Kuala Terengganu penggunaan bahan bakar hanya mencatatkan dua bar sahaja.

 ALZA dengan kit badan GearUP.
ALZA dengan kit badan GearUP.

Pada masa sama, capaian penggunaan bahan api juga menunjukkan kenderaan ini menjimatkan kerana tiada pengisian bahan api dilakukan sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu ini, penulis mengambil peluang duduk di kerusi penumpang baris kedua. Dengan corong penyaman udara

di bahagian bumbung penumpang, ia cukup menyamankan.

Pada masa sama, bagi menambah keselesaan, kerusinya juga boleh dilaras ke hadapan dan belakang.

ENJIN 1.5 liter.
ENJIN 1.5 liter.

Perodua Alza Serba Baharu ini juga dilengkapi sistem infotainmen bersaiz sembilan inci.

Untuk perjalanan ini, penulis dan dua rakan media membawa tiga beg barangan. Walaupun beg berkenaan besar, ia mudah dimuatkan ke dalam MPV ini, malah ruang kargo menjadi lebih luas apabila kerusi dibaris ketiga direbahkan.

 CIRI kabin praktikal dan selasa.
CIRI kabin praktikal dan selasa.

BARIS ketiga untuk kargo atau penumpang.
BARIS ketiga untuk kargo atau penumpang.

Secara keseluruhan, penulis cukup berpuas hati dengan sesi pemanduan Perodua Alza Serba Baharu ini,

Perodua Alza Serba Baharu ini tampil lebih premium melalui penyediaan lampu utama, belakang serta lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Ia tampak lebih garang dengan padanan rim aloi bersaiz 16 inci.

Selain itu, Perodua Alza Serba Baharu juga dilengkapi sistem keselamatan terbaik Bantuan Pemanduan Pintar Perodua menerusi sistem Bantuan Keselamatan Termaju (

ASA) 3.0 seperti Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Kawalan Nyahoperasi Pedal dan Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak.

Bantuan pemanduan yang paling penulis gemari ialah Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegaha

n Keluar Lorong (LDP), Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

PAPAN pemuka elegan dan premium.
PAPAN pemuka elegan dan premium.

Perodua Alza Serba Baharu turut dilengkapi enam beg keselamatan.

Sudah pasti, ruangan kabin dengan tujuh tempat duduk empat mod ketetapan adalah ciri fleksibel dan praktikal buat MPV ini.

Kemasannya juga tampil premium dengan kerusi kulit dan fabrik dwi-tona, konsol tengah tinggi dengan pelapik lembut tangan dan meter TFT untuk pemanduan gaya moden serta terkini.

Perodua Alza Serba Baharu ini hasil maklum balas pengguna daripada model Alza generasi terdahulu seterusnya melengkapi keperluan mobiliti keluarga.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Kelabu Vintage, Hitam Elegan, Merah Garnet, Perak Glittering dan Putih Ivory.

Untuk pasaran Malaysia, Perodua Alza Serba Baharu ditawarkan menerusi tiga varian iaitu 1.5L X pada harga RM62,500, 1.5L H( RM68,000 ) dan 1.5L. AV (RM75,500).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2022 @ 6:23 AM
SPOILER bersepadu belakang tampil sporty.
SPOILER bersepadu belakang tampil sporty.