PUSAT servis baharu Hino.
PUSAT servis baharu Hino.

HM Digital

SEIRING dengan permintaan pasaran, Hino Motors Sales (Malaysia) (Hino), sebagai pengedar kenderaan dan trak komersial Hino, menambah pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbaharu yang dikendalikan oleh pengedarnya, Soon Seng Truck & Parts Sdn Bhd (SSTP).

Terletak di Balakong, Selangor, sejumlah RM1 juta dilaburkan untuk membuka pusat ini yang berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi.

Ia dilengkapi peralatan yang memenuhi standard Hino untuk kemudahan servis.

Ia menyediakan enam ruang servis dan dua untuk penyelenggaraan ekspres yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Ia boleh ditempah secara atas talian.

Ia juga menawarkan khidmat lori tunda 24 jam dan memperbaharui insurans.

Pengarah Urusan Hino Atsushi Uchiyama berkata, kerjasama SSTP bermula sejak 40 tahun lalu yang mana syarikat itu adalah pengedar alat ganti sah Hino di Malaysia.

"Pelbagai anugerah diterima oleh syarikat ini termasuk yang terbaharu, 'Excellent Dealer Award 2021' dan 'Total Support Award 2021'. Ia memperlihatkan komitmen mereka membangunkan perniagaan dan jenama kenderaan komersial ini," katanya.

SSTP juga mempunyai cawangan lain di Nilai, Negeri Sembilan yang sudah dinaik taraf kepada pusat 3S sejak 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 6:37 AM