PELBAGAI ganjaran dengan pembelian di stesen Shell.
PELBAGAI ganjaran dengan pembelian di stesen Shell.

Bermula 1 Julai lalu, Shell Malaysia dan BonusLink memperkenalkan program ganjaran dan kesetiaan tambahan membabitkan empat struktur peringkat ahli iaitu Ahli, Perak, Emas dan Platinum.

Program dengan lebih 14.9 juta ahli di seluruh negara itu menawarkan mata ganjaran menerusi pembelian bahan api, makanan atau minyak enjin.

Bergantung pada status peringkat, ahli boleh menikmati lebih ganjaran eksklusif pelanggan dan pelbagai faedah antaranya sehingga 3X Penggandaan Mata BonusLink dan diskaun produk Shell.

Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia dan Singapura Seow Lee Ming berkata, sebagai peruncit untuk mobiliti, pihaknya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat pelanggan.

"Sebagai rakan niaga bersama BonusLink, ia membolehkan kami menambah nilai dan menawarkan kepada pelanggan lebih pengalaman ganjaran setiap kali mereka singgah di stesen minyak kami, sama ada untuk mengisi bahan api atau membeli barangan lain," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink Melvin Ooi menambah, bermula Julai ini, BonusLink menawarkan program kesetiaan ke tahap lebih baik untuk lebih ganjaran kepada ahli berdasarkan tahap

mereka.

"Ahli boleh menikmati pelbagai hadiah dan mata tambahan hanya dengan terus meleret kad BonusLink atau kad maya mereka melalui Aplikasi Blink di Shell," katanya.

Buat pengguna baharu, mereka boleh mendaftar untuk kad Bonuslink di semua stesen Shell di seluruh negara atau muat turun aplikasi Blink untuk maklumat terkini status keahlian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 5:02 PM