Lizam Ridzuan


SAGA 2022 Baharu.
SAGA 2022 Baharu.

SEBAGAI model pertama untuk pengeluar kereta nasional Proton, model Saga kekal menjadi pilihan pembeli di negara ini.

Sejak dilancarkan pada 1985, ia sudah terjual sebanyak 1.9 juta unit. Ia juga model paling lama ditawarkan dalam segmennya yang masih dikeluarkan di pasaran.

Kemudian, pada 2019, model Proton Saga Baharu dilancarkan. Ia turut memiliki pencapaian tersendiri apabila dalam tempoh 32 bulan, sebanyak 123,512 unit terjual, termasuk ketika dalam tempoh pandemik Covid-19 melanda negara.

Model ini turut dieksport ke 28 negara sejak empat tahun lalu.

RIM rekaan baharu
RIM rekaan baharu

Bagi mengukuhkan lagi pasaran sedan segman-A di negara ini, Proton Saga 2022 Baharu diperkenalkan dengan kemasan luaran, dalaman dan keselamatan dipertingkat.

Pelancarannya dibuat di Pusat Kecemerlangan Proton, Subang Jaya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong dan timbalannya, Roslan Abdullah.

Ia kini ditawarkan menerusi empat varian merangkumi Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT Baharu.

RUANG kabin diperbaharui.
RUANG kabin diperbaharui.

PILIHAN transmisi manual dan automatik.
PILIHAN transmisi manual dan automatik.

Untuk enjin, ia masih kekal dengan 1.3 liter empat silinder DOHC VVT yang menjana kuasa 95PS pada 5,750rpm dan tork 120Nm pada 4,000rpm.

Ia dipadankan dengan pilihan kotak gear transmisi manual 5 kelajuan atau 4 kelajuan automatik.

Untuk rekaan luaran, ia diperkemaskan dengan logo Proton terkini dan corak gril 'Infinite Weave' yang diperbaharui.

Ia juga datang dengan 'skirting' hadapan pada bampar. Bahagian sisi serta pintu but diberi kemasan baharu.

Selain itu, ia datang dengan cermin sisi gelap dengan fungsi lipatan automatik, pembuka pintu but kawalan jauh, fungsi kemasukan pintar serta rim aloi rekaan baharu bersaiz 15 inci.

SISTEM infotainmen dipertingkat.
SISTEM infotainmen dipertingkat.

PELAPIK karpet kemasan baharu.
PELAPIK karpet kemasan baharu.

Lampu hadapan halogen dengan ciri lampu nyalaan siang (DRL) LED turut menambah ranggi model ini.

Untuk kabin, ia tambah segar dengan warna gelap dan garisan merah pada lingkaran corong penyaman udara.

Stereng pula dibaluti kulit dengan jahitan merah selain fungsi butang audio

dan telefon bebas tangan.

Ia juga didatangkan dengan kerusi separuh kulit dan fabrik, butang penghidup enjin, tiga slot pengecas USB selain sistem infotainmen bersaiz tujuh inci.

ENJIN 1.3 liter.
ENJIN 1.3 liter.

Saga 2022 juga didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik termasuk dua beg keselamatan SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Selain itu, ia dilengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Kekal Bukit (HHA).

Ia turut dilengkapi pengesan parkir hadapan dan belakang dengan kamera undur bagi kemudahan parkir dlam kawasan yang sempit.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Snow, Perak Armour, Kelabu Jet, Maroon Rosewood dan Merah Ruby.

 LI Chunrong (kanan) dan Roslan.
LI Chunrong (kanan) dan Roslan.

Empat varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Proton Saga 1.3L Standard MT (manual) pada harga RM34,400, 1.3L Standard AT (RM38,300), 1.3L Premium AT (RM41,300) dan 1.3L Premium S AT (RM44,300) (Semua harga atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2022 @ 6:12 AM