SUASANA di Petron Senawang 2, Negeri Sembilan.
SUASANA di Petron Senawang 2, Negeri Sembilan.
Lizam Ridzuan


STESEN minyak bukan sahaja menjadi hentian bagi mengisi bahan api malah pelanggan juga mahu menggunakan kemudahan tambahan seperti surau serta tandas.

Petron melalui program 'Tandas Kita Bersih' menerima penarafan lima bintang daripada pihak berkuasa tempatan di 113 stesen minyak mereka di lapan negeri di seluruh negara.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Choong Kum Choy berkata, penilaian itu adalah pengiktirafan kepada usaha pihaknya menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

KEMUDAHAN tandas yang bersih di Petron Rantau Panjang, Kelantan.
KEMUDAHAN tandas yang bersih di Petron Rantau Panjang, Kelantan.

"Keperluan dan jangkaan pelanggan adalah penting bagi kami dan kami mahu mereka melalui pengalaman yang positif setiap kali berada di stesen minyak Petron.

"Matlamat utama kami ialah mahu menjadikan stesen minyak Petron sebagai hentian pilihan orang ramai," katanya.

Petron Malaysia memulakan kempen tandas bersih di bawah program 'Fuel Happy' bagi memastikan semuanya bersih, kering dan beroperasi.

Kemudian, pada 2018, syarikat melancarkan program Tandas Kita Bersih dengan slogan 'Jom Singgah Petron'.

KEMAS dan bersih di Petron Batu Burok, Kuala Terengganu.
KEMAS dan bersih di Petron Batu Burok, Kuala Terengganu.

Program Tandas Kita Bersih kemudian berkembang daripada sekadar kempen menjadi satu sistem lengkap menetapkan piawaian dan garis panduan untuk semua stesen minyak Petron.

Ia turun dibangunkan melalui rundingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Untuk itu, sepanjang beberapa tahun, stesen minyak Petron Batu Burok di Terengganu, Tongkang Pecah di Johor dan Senawang 2 di Negeri Sembilan berjaya memenangi tempat pertama dalam Anugerah Tandas Terbaik Kebangsaan di bawah kategori Stesen Minyak.

STESEN minyak Petron di Tongkang Pecah, Johor mesra OKU.
STESEN minyak Petron di Tongkang Pecah, Johor mesra OKU.

Pengusaha Petron Senawang 2, Mokhtar Paunari yang stesennya memenangi anugerah itu pada 2019 berkata, komitmen kerja berpasukan dan berterusan adalah faktor utama kejayaan berkenaan.

"Kami berjaya meletakkan tandas ke tahap yang lebih tinggi dan mencapai standard 'tandas model' untuk stesen minyak di negara ini," katanya.

Buat pengusaha Petron Rantau Panjang, Kelantan, Azmin Che Mat, kemenangan tempat ketiga bagi tandas awam terbaik dalam pertandingan peringkat negeri Kelantan adalah sesuatu yang membanggakan.

"Saya mahu menawarkan perkhidmatan yang terbaik supaya pelanggan berasa selesa di stesen minyak kami, termasuk ketika menggunakan kemudahan yang disediakan.

"Malah, saya juga melantik seorang petugas kebersihan khas yang akan menjaga kebersihan tandas," katanya.

Program ini juga sebagai menyokong aspirasi Kelastrian Petron untuk mempromosikan budaya sanitasi yang baik selaras Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG) 6.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 6:06 AM