BMW iX Flow menggunakan teknologi dakwat elektronik. FOTO AFP
BMW iX Flow menggunakan teknologi dakwat elektronik. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Syarikat pengeluar kereta Jerman, BMW memperkenalkan kereta konsep dwi warna.

Kereta terbaharu itu diperkenalkan kepada umum menerusi Pameran Elektronik Pengguna yang diadakan di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Kereta berkenaan yang diberi nama BMW iX Flow menggunakan teknologi dakwat elektronik.

Teknologi berkenaan membolehkan bahagian luar kereta itu bertukar warna putih dan kelabu.

Perubahan warna itu boleh dikawal menggunakan aplikasi khas yang dibangunkan syarikat itu.

Pelancaran kereta itu ternyata menggembirakan ramai peminat kereta, namun netizen tertanya tentang 'kesahihan' kereta itu untuk menukar warna.

Apa yang lebih menarik, inovasi pertukaran warna kereta itu memiliki ciri cekap tenaga.

Jurutera penyelidik BMW, Stella Clarke, satu daripada perkara yang menarik mengenai inovasi ini adalah pengguna boleh memilih warna mengikut keadaan cahaya matahari.

Ketika berucap pada hari pelancaran kereta konsep itu, Clarke berkata, pada hari yang panas dan cerah, warna kereta itu boleh bertukar kepada warna putih untuk memantulkan cahaya matahari.

Namun pada cuaca yang sejuk, pengguna boleh menukarnya dengan warna hitam untuk menyerap haba.

Buat masa ini, kereta berkenaan boleh menukar warna putih dan kelabu, namun pelbagai pilihan warna lain akan ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 7:00 AM