PERKENAL model ‘Hatchback’ daripada model kereta sinonim reka bentuk sedan.
PERKENAL model ‘Hatchback’ daripada model kereta sinonim reka bentuk sedan.
Muhammad Saufi Hassan


HONDA Malaysia bakal melancarkan variasi baharu model Honda City Hatchback ke pasaran tidak lama lagi.

Variasi baharu itu dijangka didatangkan dengan empat pilihan iaitu daripada model S, E, V dan model premium RS e:HEV.

Vroom berpeluang melihat dengan lebih dekat model baharu ini bersama-sama satu sesi pandu uji yang dilaksanakan di Litar Antarabangsa Sepang (SiC), Selangor.

Sekilas pandang, Honda mengambil langkah berani dengan memperkenalkan model 'Hatchback' daripada model kereta yang begitu sinonim dengan reka bentuk sedan sebelum ini.

Ketika sesi pandu uji berkenaan, penulis diberi peluang untuk menguji dua model iaitu variasi Honda City Hatchback V termasuk variasi premium iaitu RS e:HEV yang dilengkapi Honda Sensing.

Model ini dilengkapi dengan Kawalan Pemanduan Adaptif (AAC), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Laluan (RDM) dan Amaran Keluar Laluan (LDW).

Sistem enjin yang digunakan untuk versi Hatchback ini adalah sama iaitu menggunakan i-MMD Hybrid dikuasakan dengan enjin 1.5 liter Atkinson-Cycle.

Hibrid i-MMD berkenaan memberikan kuasa enjin dua motor bersama janaan kuasa daya kilas pada 253Nm. Ia memberi pengalaman pemanduan yang lebih baik.

HONDA City Hatchback variasi RS e:HEV dilengkapi pelbagai sensor terbaharu untuk pengalaman pemanduan lebih baik.
HONDA City Hatchback variasi RS e:HEV dilengkapi pelbagai sensor terbaharu untuk pengalaman pemanduan lebih baik.

Ujian pemanduan di litar berkenaan juga memperlihatkan keupayaan sensor pintar untuk versi RS e:HEV yang akan memberitahu kepada pemanduan berhubung jarak kenderaan di hadapan akan mengurangkan kelajuan dengan automatik.

Ujian pemanduan dilaksanakan untuk latihan slalom memberikan kuasa stereng yang lebih responsif dan pemandu tidak berasa 'terbuai-buai' di dalam kereta.

Model RS e:HEV ini dilengkapi dengan ciri 'sporty' malah padanan spesifikasi enjin memberi kuasa kelajuan yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 7:00 AM