DUCATI Multistrada V4 Serba Baharu serlah ciri keselamatan termaju.
DUCATI Multistrada V4 Serba Baharu serlah ciri keselamatan termaju.
Lizam Ridzuan


MOTOSIKAL pengembaraan model Ducati Mutlistrada V4 Serba Baharu dilancarkan ke pasaran tempatan baru-baru ini oleh pengedar utamanya, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia).

Dua varian ditawarkan iaitu V4 dan V4S dengan perbezaan daripada segi ciri dan kemasan, namun kedua-duanya berkongsi enjin yang sama iaitu 1,158cc V4 Granturismo empat injap serta silinder sejukan cecair yang menjana 170 kuasa kuda (hp) dan tork 125Nm.

Untuk V4S, ia dilengkapi suspensi elektronik skyshock, brek hadapan dengan Brembo Stylema M50, Ducati Quick Shift, meter TFT 6.5 inci, sistem lampu LED dengan lampu selekoh dan mod tunggangan pelbagai.

Ia juga datang antaranya dengan kawalan 'hold' kenderaan, Sistem Multimedia Ducati dan Sistem Navigasi dengan Keberhubungan Ducati.

Ciri standard bagi kedua-dua varian antaranya ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, kawalan cengkaman selekoh dan kawalan wheelie serta tangki bahan api 22 liter.

CIRI aerodinamik tersedia.
CIRI aerodinamik tersedia.

Jentera V4 dan V4S juga dilengkapi ruang simpanan telefon pintar pada bahagian tangki, cermin pelindung angin boleh laras, roda hadapan bersaiz 19 inci dan belakang 17 inci dengan berat motosikal 215 kilogram.

Mod tunggangan Sport (varian S sahaja), Touring, Urban dan Enduro ditawarkan bagi kesesuaian perjalanan dan permukaan laluan.

METER TFT.
METER TFT.

V4 ditawarkan dengan satu pilihan warna iaitu Ducati Red. V4S pula dengan Ducati Red dan Aviator Grey. Bagi pilihan rim jejari, ia boleh diperoleh dengan tambahan RM3,000.

RUANG simpanan telefon pintar pada tangki.
RUANG simpanan telefon pintar pada tangki.

Untuk pasaran Malaysia, Multistrada V4 dijual pada harga RM136,865 manakala Multistrada V4S pula pada harga RM147,865 (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Ia datang dengan jaminan dua tahun pengeluar tanpa had perbatuan ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 6:20 AM