CBR150R Baharu.
CBR150R Baharu.
Lizam Ridzuan


MODEL ini pernah dilancarkan sekitar 2008 untuk pasaran tempatan dan selepas 13 tahun, Boon Siew Honda memperkenalkan kembali Honda CBR150R Baharu yang tampil berbeza.

Dibangunkan dengan konsep siri CBR 'Total Control', ia menawarkan reka bentuk lebih agresif seakan-akan 'sport bike' berkuasa lebih tinggi termasuk sistem dwilampu LED hadapan.

Rekaan fairing penuh sisi serta suspensi hadapan terbalik pula menyerlahkan gaya perlumbaan.

Ia datang dengan meter digital penuh dengan paparan pelbagai maklumat kepada penunggang.

Jentera ini dilengkapi enjin 150cc, DOHC, sejukan cecair dengan 16 kuasa kuda (hp) pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000rpm serta gear enam kelajuan.

Ia juga datang dengan klac 'Assist' dan 'Slipper' untuk kawalan dan kelancaran tukaran gear lebih lancar.

Sistem keselamatan dengan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran menambah keyakinan penunggang untuk membrek.

LAMPU hadapan LED.
LAMPU hadapan LED.

Honda CBR150R Baharu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu 'Mat Charcoal Grey Metallic' dan 'Candy Scintillate Red'.

Ia dijual pada harga RM12,499 (atas jalan tanpa insurans) serta jaminan dua tahun atau 20,000km yang mana lebih dahulu.

GAYA ranggi bahagian belakang.
GAYA ranggi bahagian belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 6:35 AM