INSPIRASI daripada model ikonik prestasi.
INSPIRASI daripada model ikonik prestasi.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Ferrari memperkenalkan Testa Rossa J bersaiz 75 peratus daripada model asal yang boleh dipandu.

Ia diinspirasikan daripada model 250 Testa Rossa, jentera perlumbaan ikonik Ferrari keluaran 1957 yang memenangi 18 kejuaraan termasuk Le Mans 24 Jam (1958, 1960, 1961 dan 1962).

Untuk Testa Rossa J, ia hanya dihasilkan sebanyak 299 unit melalui kerjasama dengan The Little Car Company iaitu syarikat yang khusus mengeluarkan kereta remaja (junior).

Ia melalui proses sangat teliti termasuk menghasilkan semula bentuk garisan pada model 250 Testa Rossa dalam versi asli rekaan Scaglietti itu.

Kerja kerangka dibangunkan daripada aluminium ketukan tangan, ia proses yang sama dalam menghasilkan model asal.

TESTA Rossa J dijana dengan kuasa elektrik.
TESTA Rossa J dijana dengan kuasa elektrik.

Warna ditawarkan juga sama seperti warna rangkaian model Ferrari dalam pasaran malah logo Ferrari juga dipasang di bahagian hadapan kenderaan mini ini.

Semua proses itu dipantau oleh Pusat Penggayaan Ferrari di Maranello, Itali dan untuk Jabatan Classiche Ferrari pula menyediakan gambar reka bentuk asli untuk casis dan komponen.

Ia dihasilkan dengan imbasan dan direka semula secara digital yang mengekalkan rekaan roda stereng dan geometri suspensi bagi keaslian rekaan dan penampilan model asal.

Oleh kerana kereta ini direka untuk membolehkan ia dipandu remaja berusia 14 tahun ke atas maka ia bukan untuk kegunaan di jalan raya utama.

SESUAI untuk pemanduan remaja.
SESUAI untuk pemanduan remaja.

Kereta ini boleh memuatkan seorang dewasa dan remaja dengan bahagian kabin menggunakan model kemasan kulit berkualiti tinggi dengan sistem 'quick-release' paling kecil pernah dihasilkan untuk kemudahan pemandu.

Antara ciri lain ialah ia menggunakan kuasa elektrik melalui tiga bateri terletak dalam bonet dengan satu pengecasan penuh mampu bergerak sejauh 90 kilometer (km).

LOGO Ferrari pada bahagian hadapan.
LOGO Ferrari pada bahagian hadapan.

Ia didatangkan dengan empat mod pemanduan iaitu Novice dengan penggunaan kuasa 1kW atau 20km/j, Comfort (4kW/45km/j), Sport dan Race pada kelajuan sehingga 60km/j.

Untuk keselamatan, ia didatangkan panel sisi logam dengan ospyen 'roll-bar' serta brek cakera Brembo dan brek tangan hidraulik.

Pelanggan boleh memilih 14 corak dan 53 warna yang disediakan untuk binaan khas dan Testa Rossa J ditawarkan pada harga RM461,434.

BAHAGIAN dalaman kekal ciri asal.
BAHAGIAN dalaman kekal ciri asal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 6:30 AM