Lizam Ridzuan


Tidak sampai enam bulan selepas pengenalan Iriz R3 Edisi Terhad dan Persona Edisi Hitam, Proton kini menawarkan varian yang lebih sporty serta tambah premium buat kedua-duanya.

Dilancarkan baru-baru ini, model Proton Iriz dan Persona 2022 tampil dengan ciri kemasan luaran serta dalaman yang dipertingkatkan.

PROTON Iriz, Persona 2022 tawar kemasan serta ciri teknologi baharu.
PROTON Iriz, Persona 2022 tawar kemasan serta ciri teknologi baharu.

Untuk model Iriz sebagai Hatchback segmen-B, ia kini dengan varian baharu Active yang juga tertinggi untuk kenderaan itu di negara ini.

Antara perubahan pada bahagian luaran ialah ia dengan logo Proton yang terkini dan rekaan gril dengan kemasan corak 'Infinite Weave serta Ethereal Bow' terkini.

Bampar hadapan dan belakang yang diperbaharui dengan elemen krom menghiasi pada kedua-duanya.

IRIZ 2022 varian Active.
IRIZ 2022 varian Active.

Lampu hadapan kini LED dengan perumah bingkai hitam dan lampu nyalaan siang (DRL) serta dapra pada keseluruhan badan kenderaan tampil menyerlahkan ciri 'crossover'.

Ia juga dengan bumbung hitam yang dipasangkan rel dan rim aloi 16 inci baharu tampil padanan yang menarik.

PADANAN dapra pada keseluruhan kenderaan.
PADANAN dapra pada keseluruhan kenderaan.

Menjengah ke ruang dalaman dengan kemasan hitam dan merah tampil lebih elegan dengan kerusi separuh kulit serta fabrik dengan kemasan warna merah juga dengan sulaman 'Active' pada kerusi hadapan, pintu dan karpet serta jahitan merah pada roda stereng.

Tambah sporty ia juga dengan tali pinggang keledar berwarna merah, perehat lengan dan kotak simpanan barangan pada konsol tengah.

KABIN Iriz dengan kemasan hitam dan merah.
KABIN Iriz dengan kemasan hitam dan merah.

Paparan digital juga kini terdapat untuk sistem penyaman udara selain itu dengan pedal kelajuan dan brek gaya sukan ciri aluminium perlumbaan.

Pada papan pemuka dengan sistem infotaimen bersaiz 8 inci 'terapung' skrin sesentuh antara pembaharuan yang diberi.

PEDAL sukan aluminium.
PEDAL sukan aluminium.

Sistem keterhubungan juga kini ditambah baik dengan fungsi arahan suara 'Hi Proton' yang membolehkan kawalan penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu dilakukan.

Bagi kemudahan tambahan pada keseluruhan penumpang, disediakan enam port pengecas USB.

SISTEM infotainmen bersaiz lapan inci.
SISTEM infotainmen bersaiz lapan inci.

Ia terletak tiga pada bahagian hadapan, dua untuk belakang dan satu pada cermin pandang belakang bagi kemudahan untuk memasang 'dash cam'.

Iriz juga dilengkapi kamera dan pengesan untuk visual dan audio ketika parkir dan butang mod ECO untuk pemanduan dengan penggunaan bahan api lebih efisien.

PERSONA 2022 varian Premium.
PERSONA 2022 varian Premium.

Untuk keselamatan Iriz 2022 kini dilengkapi enam beg keselamatan (untuk dua varian teratas) selain mengekalkan kerangka badan kenderaan dengan besi 'Hot Press Formed' sebagai ciri standard.

Pengenalan warna baharu juga diberi iaitu 'Citric Orange' dan 'Passion Red' untuk varian Active.

WARNA baharu ‘Space Grey’.
WARNA baharu ‘Space Grey’.

Iriz 2022 ini ditawarkan dengan tiga varian iaitu 1.3L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan 1.6L Active CVT yang dijual pada harga RM40,300, RM47,100 serta RM54,000 (harga atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan.

Persona 2022 juga menampilkan kemasan baharu terutama pada bahagian luaran dengan lampu utama LED penggayaan baharu serta kini dilengkapi lampu nyalaan siang (DRL).

KEMASAN dalam Persona 2022.
KEMASAN dalam Persona 2022.

Model sedan segmen-B ini juga dengan gril hadapan dan bampar kemasan baharu termasuk logo terkini Proton lebih elegan.

Untuk varian premium dengan bumbung dan spoiler belakang hitam serta rim aloi 16 inci baharu tampil bergaya juga tambahan pilihan warna 'Space Grey' selain lima warna lain untuk tampil lebih muda.

PENGECAS USB untuk penumpang belakang.
PENGECAS USB untuk penumpang belakang.

Ia juga dengan cermin sisi pintu dengan fungsi lipatan automatik, kemasukan pintar, pembuka pintu but kawalan automatik antara yang tersedia.

Ruang kabin Persona 2022 menerusi varian Premium dengan kerusi Leatherette seperti yang diperkenalkan pada model X70.

RIM aloi 16 inci.
RIM aloi 16 inci.

Seperti Iriz, model ini juga menerima pembaharuan yang sama iaitu penyaman udara paparan digital, perehat lengan dengan kotak simpanan, sistem infotainmen bersaiz 8 inci skrin sesentuh dan keterhubungan termaju termasuk 4G dan Wifi serta fungsi arahan suara 'Hi Proton'.

Enam port USB juga disediakan selain paparan meter pemandu kombinasi analog dan digital TFT serta butang mod ECO dan ruang dalaman juga dengan penapis udara kabin N95.

Ciri keselamatan juga dengan enam beg keselamatan (premium) dan mengekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Kekal Kedudukan Ketika Bukit (HHA) juga ciri standard ditawarkan untuk Iriz.

Tiga pilihan varian Persona ditawarkan iaitu 1.6L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT yang dijual pada harga RM45,200, RM50,100 serta RM54,900 (harga atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan (SST).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 6:21 AM