VESPA gaya untuk berkelah.
VESPA gaya untuk berkelah.
Lizam Ridzuan


SEBAGAI skuter gaya hidup, jenama Vespa menawarkan pelbagai model yang menyerlahkan personaliti dan imej pemiliknya.

Terbaharu, diperkenalkan Vespa Primavera Pic Nic Edisi Terhad dengan kemasan tersendiri sesuai untuk aktiviti santai bersama teman.

Antara yang menyerlah ialah tali kulit berwarna 'beige' yang terdapat pada rak hadapan dan belakang vespa ini.

Ia adalah ciri standard untuk mengikat barangan yang dibawa.

Warna coklat klasik juga menyerlahkan tema skuter dengan aktiviti berkelah yang terdapat pada ruang meletak kaki dan beberapa bahagian lain.

Tempat duduk juga direka khas dengan padanan gaya coklat berbeza.

Kemasan kecil lain antaranya ialah krom, garisan luar serta rim aluminium 12 inci putih dan lencana Vespa Pic Nic.

Untuk mobiliti, ia dijana enjin 150cc i-GET, silinder tunggal sejukan udara yang menjana 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500 rpm.

PILIHAN warna putih.
PILIHAN warna putih.

Ia juga dipadankan dengan suntikan elektronik injap tiga hala, serta perincian bahagian ekzos ke ruang transmisi untuk tunggangan lancar dan selesa.

KOTAK rotan unik.
KOTAK rotan unik.

SELIMUT perkelahan disertakan.
SELIMUT perkelahan disertakan.

Untuk keseluruhan gaya, Vespa ini dilengkapi dengan selimut berkelah dan bakul rotan dengan kemasan kulit yang mudah dipasang.

Di dalam bakul rotan itu turut dilengkapi kit berkelah iaitu beg penyejuk bagi kesegaran makanan dan minuman sepanjang masa.

Vespa Primavera Pic Nic ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Putih Innocenza, Hijau Relax dan Kelabu Materia yang dijual pada harga RM19,900

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 6:07 AM