ACCORD Edisi 1 Juta.
ACCORD Edisi 1 Juta.
Lizam Ridzuan


TUJUH edisi khas kenderaan jenama Honda bakal dimenangi peserta kempen '1 Million Dreams' bersempena meraikan jualan satu juta unit kenderaan Honda di negara ini.

Model Jazz, City Serba Baharu, BR-V, HR-V, Civic, CR-V baharu dan Accord kini didatangkan dengan kemasan tersendiri yang tampil unik serta berbeza.

Pada bahagian luaran, kenderaan edisi khas ini didatangkan dengan dua tona, 'fascia' hadapan dan rim aloi hitam dengan sentuhan elemen merah, cermin sisi garisan merah serta logo 1 Million Dreams Signature pada bahagian dapra.

Untuk bahagian dalaman, dengan kemasan kabin eksklusif, ia menampilkan logo 1 Million Dreams Signature pada perehat kepala dan roda stereng kulit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekeskutifnya, Toichi Ishiyama berkata, sejak 20 tahun lalu, Honda Malaysia banyak memperkenalkan model yang memenuhi kepelbagaian gaya hidup pelanggan selain teknologi termaju.

CR-V Baharu.
CR-V Baharu.

"Kempen 1 Million Dreams ini adalah inisiatif untuk menghargai sokongan orang ramai yang menjadikan perjalanan dan pencapaian kami seperti hari ini.

"Selain pelbagai aktiviti menarik diadakan di bilik pameran, kempen yang bermula pada 25 Februari sehingga 24 Mac ini boleh disertai oleh semua dengan beberapa langkah mudah," katanya.

Ia boleh disertai dengan:

1. Memuat turun aplikasi Honda Touch

2. Sertai kuiz 1 Million Dreams di laman web rasmi Honda Malaysia.

3. Lakukan sesi pandu uji model Honda dalam tempoh kempen di semua pusat pengedar sah Honda di seluruh negara.

4. Lakukan servis atau menyelenggara kenderaan Honda anda.

5. Lakukan tempahan model Honda baharu

6. Pendaftaran model Honda baharu.

HONDA BR-V.
HONDA BR-V.

CIVIC.
CIVIC.

JAZZ.
JAZZ.

Sebagai tambahan, Honda Malaysia turut memperuntukkan sebuah daripada tujuh edisi khas kenderaan ini khusus untuk dimenangi petugas barisan hadapan.

Selain kenderaan, turut ditawarkan ialah hadiah bernilai sejuta syiling Shopee kepada 150 pemenang bertuah yang dipilih secara mingguan.

Ia sebahagian daripada lima juta syiling Shopee yang ditawarkan.

Semua pemenang akan diumumkan pada 'Grand Finale' yang dijadualkan pada Mac ini.

Honda juga menjalin kerjasama bersama Cuckoo, Shopee dan Watson yang turut menawarkan peluang memenangi kenderaan jenama Honda dengan setiap pembelian produk masing-masing.

Pada 2020, Honda Malaysia melancarkan lima model iaitu Civic, Accord, BR-V, CR-V dan City Serba Baharu yang turut melakukan pelancaran global untuk model RS e:HEV.

Honda Malaysia kekal sebagai pendahulu jenama bukan nasional untuk enam tahun berturut-turut dengan jualan 60,4060 unit berjaya dicatatkan pada tahun lalu.

Ia turut memiliki 102 pengedar sah di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 6:17 AM