INNOVA dengan kemasan terkini.
INNOVA dengan kemasan terkini.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan dua model baharu yang juga adalah pelancaran pertama mereka untuk tahun 2021.

  Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Innova kini diberi sentuhan baharu lebih segar dan menarik.

  Untuk Fortuner ia ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ masing-masing dijual pada harga daripada RM203,183 dan RM172,244.

  Dua pilihan enjin iaitu 2.8 liter dengan turbo diesel transmisi automatik enam kelajuan 4X4 dan 2.7 liter dwi VVT-i petrol transmisi automatik enam kelajuan 4X4.

 Untuk varian 2.8 VRZ ia dapat dibezakan dengan bumbung, tiang-A, perumah cermin sisi dan 'spoiler' didatangkan dengan warna hitam.

  Antara pembaharuan lain ialah rekaan baharu pada lampu dengan ciri Quad LED pada hadapan, lampu nyalaan siang (DRL), lampu membelok serta kombinasi lampu belakang LED.

  Rekaan rim aloi 18 inci, serta bampar hadapan dan belakang baharu  untuk tampil teguh dan gril rekaan menarik.  

  Rekaan dalaman dengan kemasan pintu bercahaya, lampu pecahayaan kabin LED serta penggayaan tujuh tempat duduk dalaman baharu yang sporty.

FORTUNER 2021 lebih bergaya.
FORTUNER 2021 lebih bergaya.

  Melalui Toyota Safety Sense (TSS) dengan fungsi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) Amaran Keluar Laluan (LDA) dengan Bantuan 'Yaw' dan Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC) antara yang ditawarkan.

  Untuk MPV Toyota Innova 2021 ditawarkan dengan tiga varian iaitu Toyota Innova 2.0X dijual daripada RM129,677, Toyota Innova 2.0G (RM121,483) dan Toyota Innova 2.0E (RM111,622).

  Antara pembaharuan yang ditawarkan ialah rekaan gril rekaan tema krom dan hitam, cermin sisi krom dan lampu kabus dengan perumah yang direka semula untuk lebih menonjol.

  Untuk 2.0X ia dengan pakej 'Enhancement' merangkumi rekaan baharu pada pelapik lengkung tayar, pelapik dan 'skirting' sisi untuk gaya sporty.

  Ruang dalaman dengan pencahayaan kabin LED, papan pemuka kemasan kayu dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

  Tujuh tempat duduk dengan lapisan kulit premium hitam dan pada baris kedua dengan ciri kerusi kapten untuk tampil lebih premium kemas dan bergaya.

  Innova kekal dengan enjin 2.0 liter DOHC empat-silinder 16-injap VVT- i petrol menjana kuasa 139 PS pada 5,600 rpm dan 183Nm tork pada 4,000 rpm pacuan roda belakang menggunakan transmisi automatik Super ECT elektronik enam-kelajuan. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 11:03 PM