TIGUAN Allspace R-Line.
TIGUAN Allspace R-Line.
Lizam Ridzuan


SEMPENA Sambutan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan rebat dan penjimatan untuk jualan kenderaan serta alat ganti Volkswagen di negara ini.

Melalui tempahan di eShowroom, pelanggan bakal menikmati penjimatan tambahan eksklusif dalam talian serta rebat angpau yang disediakan.

Mengambil konsep Tahun Lembu yang lasak dan berkuasa, model seperti Passat atau Tiguan Allspace ditawarkan untuk pemandu menikmati kuasa pemanduan yang dinamik dan kuasa tork tinggi pada rpm rendah dipacu dengan kotak gear direct shift (DSG).

Untuk model Tiguan Allspace Highline dan R-Line serta Arteon R-Line, rebat RM8,000 disediakan.

Bagi Passat Elegance dan R-Line, rebat RM4,500 serta pilihan sama ada insurans percuma selama setahun atau tambahan rebat RM5,500 akan diberikan.

Selain itu, untuk Kempen Selepas Jualan CNY, ia turut menawarkan penjimatan ke atas alat ganti dan minyak enjin tulen.

Untuk brek cakera dan pad, pelanggan bakal menikmati penjimatan RM30 serta pemberian baucar RM20 Grab Car.

ARTEON R-Line terima rebat sehingga RM8,000.
ARTEON R-Line terima rebat sehingga RM8,000.

Ia juga meliputi penapis pendingin udara dan tambahan bahan bakar (fuel additive) dengan penjimatan RM20 serta baucar Grab Car RM10.

Untuk minyak enjin tulen satu liter, pelanggan bakal menikmati potongan harga 20 peratus.

Selain itu, melalui Pemeriksaan Servis 5 Bintang, potongan harga sehingga 20 peratus untuk bateri dan tayar serta paket angpau akan diberikan secara percuma oleh Volkswagen.

Semua janji temu servis boleh dilakukan secara dalam talian dan promosi jualan ini sah sehingga 28 Februari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 6:44 AM