PERLINDUNGAN kepada kereta dan penumpang.
PERLINDUNGAN kepada kereta dan penumpang.
Lizam Ridzuan


HONDA Malaysia memperkenalkan Honda Insurance Plus (HiP) yang dipertingkatkan khusus buat pemilik kenderaan Honda di negara ini.

Sejak diperkenalkan pada 2002, HiP memberikan perlindungan menyeluruh seperti manfaat menyelamat selain perlindungan dan penjimatan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sebagai pemilik kereta, penting untuk memandu dengan rasa yakin dan lega apabila semua penumpang dilindungi insurans.

"Pelan HiP ini dibangunkan oleh Honda untuk pemiliknya dalam menawarkan pakej perlindungan komprehensif.

"Ia bagi memastikan kenderaan dan penumpang dilindungi, ini satu kelebihan bagi pemilik kenderaan jenama Honda," katanya.

Melalui manfaat 'menyelamat', ia beroperasi 24 jam dan tujuh hari seminggu untuk bantuan tunda jika berlaku kemalangan, kerosakan atau banjir.

HiP untuk kelegaan kepada pemilik Honda.
HiP untuk kelegaan kepada pemilik Honda.

Kereta akan dihantar ke pusat badan dan cat Honda bertauliah dalam lingkungan jarak 450 kilometer (km) dari lokasi dan bantuan kerosakan jalanan dengan yuran buruh percuma sehingga RM200.

Ia termasuk situasi seperti tayar pancit, kehabisan bahan api atau penggantian bateri.

Untuk manfaat 'perlindungan', setiap ahli HiP akan dijamin kualiti kerja di semua pus

at badan dan cat Honda termasuk alat ganti tulen yang didatangkan dengan jaminan enam bulan atau 10,000km jarak perbatuan.

Selain itu, mereka yang terbabit akan menerima prakelulusan tuntutan segera untuk baik pulih di bawah RM20,000 serta Perlindungan Kemalangan Peribadi sehingga RM15,000 jika berlaku kematian atau kecacatan kekal.

Bagi manfaat 'penjimatan', ia menawarkan kos penggantian lebih baik dalam membantu mengurangkan beban kewangan ahli HiP berdasarkan nilai kereta sama ada dicuri atau rosak teruk dalam kemalangan untuk usia kenderaan sehingga 13 tahun.

Keistimewaan lain yang diperkenalkan termasuk Pemandu Tidak Dinamakan apabila HiP memberikan perlindungan bagi semua pemandu di bawah pendaftaran persendirian tanpa nama tambahan dan lebihan bayaran diperlukan.

Manfaat lain turut menawarkan elaun banjir sehingga RM1,500, elaun pelepasan khas RM1,500 sekiranya berlaku kecurian kereta atau jumlah kerugian dan RM1,000 bagi penggantian kunci hilang.

Ahli HiP juga berhak mendapat perlindungan 100 peratus selama 10 tahun tanpa bayaran penambahbaikan yang membolehkan kereta lama Honda yang rosak akibat kemalangan diganti dengan bahagian asal yang baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 6:15 AM