SUV elektrik pertama Nissan Ariya.
SUV elektrik pertama Nissan Ariya.
Lizam Ridzuan

MENYASARKAN sifar emisi dan kemalangan, model crossover elektrik penuh pertama daripada Nissan yang diperkenalkan baru-baru ini, Ariya Serba Baharu, turut membuka lembaran baharu buat jenama itu.

Model yang diasaskan daripada unit yang dipamerkan ketika Pameran Motor Tokyo 2019 (TMS 2019) juga menampilkan identiti terkini jenama Nissan.

Ia memaksimumkan pakej dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai ciri standard.

Ia turut menampilkan pemanduan autonomi, kelancaran tenaga dan prestasi, operasi lebih senyap, ruang dalaman umpama 'lounge' mewah dan ketersambungan Mobiliti Pintar Nissan melalui platform kenderaan elektrik (EV) serba baharu.

KERUSI penumpang belakang selesa.
KERUSI penumpang belakang selesa.

Bantuan seperti 'concierge' dan hubungan yang lancar meningkatkan keyakinan di jalan raya selain memberikan persekitaran lebih mesra kepada pemandu serta penumpang.

Paling menarik ialah keupayaan menjangkau perjalanan sehingga 610 kilometer (km) dengan pengecasan penuh, ia sesuai bagi kegunaan harian atau hujung minggu.

Selain itu, trenkuasa dengan prestasi berkuasa membolehkan pengguna memilih konfigurasi berbeza bagi memenuhi keperluan individu seperti pemanduan dua roda, pacuan semua roda e-4ORCE selain pilihan dua saiz bateri.

Dua varian ditawarkan Ariya (2WD) dan Ariya (AWD) dengan hamburan kuasa daripada 218PS ke 395PS dan tork daripada 300Nm ke 600Nm.

Rekaan dan teknologi terdapat pada Ariya juga adalah yang termaju untuk Nissan.

IDENTITI Nissan terbaharu untuk kenderaan elektrik.
IDENTITI Nissan terbaharu untuk kenderaan elektrik.

Ia membolehkan pemandu berasa lebih selesa tanpa tekanan dengan ProPilot 2.0 serta e-Pedal yang turut dipasang pada model Nissan Leaf.

Selain itu, ruang kabinnya juga adalah yang terluas dalam kelasnya.

Lantai ratanya hadir dengan sentuhan ringkas, namun menyerlahkan karakter bahasa rekaan Nissan dengan 'Timeless Japanese Futurism'.

Nissan Ariya Serba Baharu bakal memasuki pasaran Jepun pada pertengahan 2021.

Ia dijual pada harga sekitar RM200,000 dan bagi pasaran Eropah, Amerika Utara dan China, ia akan dipasarkan pada penghujung tahun itu.

PANDANGAN belakang Ariya.
PANDANGAN belakang Ariya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 7:00 AM