Lizam Ridzuan

BUAT mereka yang berjiwa prestasi dan kelajuan terutama di litar atau jalanan, dua model serba baharu Porsche iaitu 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder diperkenalkan ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Kedua-duanya berkongsi asas teknikal yang sama dengan enjin turbo 911 Carrera dan reka bentuk aerodinamik. Perkara yang membezakannya ialah konsep bumbung atau terbuka.

Untuk model ini, ia menawarkan enjin tengah empat liter 'flat-six naturally aspirated' dengan transmisi manual enam kelajuan. Ia sememangnya dikhususkan buat mereka yang mahukan kepuasan kelajuan dan pengendalian. Ia menjana kuasa lebih 35hp dan 45hp menjadi 420PS untuk 718 Cayman serta 718 Spyder berbanding enjin sebelum ini dengan tork sehingga 420Nm pada 5,000 dan 6,800 rpm.

Buat model 718 Cayman GT4, ia menampilkan reka bentuk luaran yang menarik dengan konsep aerodinamik dan 50 peratus lebih daya tekanan aliran udara yang dipertingkatkan melalui 'single-chamber arch' untuk peredam bunyi belakang.

718 Cayman GT4
718 Cayman GT4

CIRI dalaman GT4.
CIRI dalaman GT4.

Bahagian hadapan gaya GT dengan 'spoiler lip' dan tirai udara mengurangkan aliran udara pada bahagian roda hadapan. Model 718 Spyder pula adalah jentera dibina untuk fokus kepada menikmati pemanduan kereta sport tanpa bumbung dengan penutup hud ringan.

Berbanding GT4, 718 Spyder memiliki spoiler belakang yang akan terbuka secara automatik pada kelajuan mencecah 120km/j. Ia juga dengan casis GT serta Sistem Kawalan Gantungan Porsche (PASM) sebagai ciri standard bagi peredam berciri sporty serta 30 milimeter (mm) rapat ke jalan untuk pusat graviti yang lebih baik.

Rim aloi 20 inci dengan Brek Komposit Seramik Porsche (PCCB) bersaiz 410mm pada hadapan dan 390mm pada belakang (718 Cayman) ditawarkan pada model ini. Ruang dalaman pula dilengkapi dengan Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) generasi terkini.

GAYA spyder berprestasi.
GAYA spyder berprestasi.

Ia seperti skrin sesentuh resolusi tinggi bersaiz 7 inci untuk ketersambungan aplikasi dan telefon pintar dan pembesar suara premium jenama Bose (718 Cayman) dan Burmester (718 Spyder). Untuk 718 Cayman GT4, ia dilengkapi dengan pakej pilihan Clubsport iaitu komponen sukan permotoran yang memberikan perlindungan tambahan ketika sesi di litar lumba.

Pakej pilihan Spyder Classic pula untuk penampilan lebih mewah. Ia lengkap dengan kabin 718 Spyder dengan lapisan kulit dua tona merah Bordeaux dan hitam.

Selain itu, untuk perincian tambahan, ia dilengkapi ekzos sport baharu melalui dua corong di kiri dan kanan 'diffuser' bagi deruman 'boxer' menakjubkan. Untuk pasaran Malaysia, 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder dijual pada harga RM999,000 dan RM970,000 yang diedar oleh Sime Darby Auto

Performance (SDAP)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 7:57 PM
REKAAN sporty aerodinamik.
REKAAN sporty aerodinamik.