RAV4 generasi kelima.
RAV4 generasi kelima.
Lizam Ridzuan

TOYOTA RAV4 yang diperkenalkan sekitar 1990-an mencipta revolusi tersendiri untuk pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) malah ia antara model terlaris dalam segmen berkenaan di seluruh dunia.

Terkini, Toyota RAV4 Serba Baharu generasi kelima memasuki pasaran tempatan.

Ia dilancarkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan ia diimport sepenuhnya dari Jepun dengan menawarkan gaya terbaharu serta tampil premium.

Antara ciri terbaharunya ialah ia dibangunkan menggunakan Dynamic Force Engine dan dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) untuk rekaan ranggi dan maskulin serta menawarkan pemanduan seakan-akan sedan.

Untuk ukuran dimensi ia mempunyai kelebaran 1,855 milimeter (mm) dengan jarak roda 30mm lebih panjang sekali gus menyediakan lebih ruang buat penumpang serta muatan melalui ciri lebih praktikal.

Lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu belakang kombinasi, gril dengan motif poligon juga pada keseluruhan rekaan menyerlahkan lagi RAV4 ini yang dipadankan dengan rim aloi 18 inci.

REKAAN lebih ranggi dan maskulin.
REKAAN lebih ranggi dan maskulin.

RODA stereng pelbagai fungsi.
RODA stereng pelbagai fungsi.

Dua pilihan enjin serba baharu ditawarkan iaitu 2.5 liter dan 2.0 liter dengan VVT-iE untuk kuasa yang responsif serta penggunaan bahan api 40 peratus lebih efisien masing-masing dengan kuasa kuda 207PS dan 123PS serta tork 243Nm dan 207Nm.

Ruang kabin juga selesa dengan penyandar kerusi belakang boleh direndahkan.

Penyaman udara dua zon dan saluran untuk penumpang belakang menambah rasa nyaman.

Ia turut dilengkapi sistem infotainmen dengan pandangan panorama 360 darjah untuk kemasukan parkir atau laluan sempit.

PANEL meter Optitron.
PANEL meter Optitron.

Panel meter Optitron dengan Paparan Malkumat-Pelbagai 7 inci daripada analog dan digital dan roda stereng kulit turut melengkapi model ini.

Untuk ciri keselamatan, ia datang dengan sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) seperti Sistem Pra-Perlanggaran, Amaran Penukaran Lorong dengan Bantuan Stereng, Bantuan Pengesanan Lorong dan Kawalan Pelayaran Radar Dinamik untuk semua kelajuan serta Lampu Tinggi Automatik dan tujuh beg keselamatan SRS.

Untuk pasaran Malaysia, Toyota RAV4 Serba Bahru ditawarkan dua varian iaitu 2.5L dan 2.0L dengan enam pilihan warna yang dijual pada harga RM215,665 dan RM196,436 serta jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

RUANG dalaman praktikal.
RUANG dalaman praktikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 6:45 AM