PENGGUNA motosikal Yamaha boleh melakukan servis di ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Sungai Buloh, Selangor.
PENGGUNA motosikal Yamaha boleh melakukan servis di ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Sungai Buloh, Selangor.
Lizam Ridzuan


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sebagai pengedar dan pemasang motosikal Yamaha di negara ini kembali membuka pusat servis mereka bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Bermula esok 5 Mei 2020, operasi pusat servis di ibu pejabat mereka di Sungai Buloh akan beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut HLYM semua pelanggan perlu melakukan temujanji dan tidak membenarkan 'walk-in' untuk melakukan servis motosikal mereka selain perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Serta hanya seorang pelanggan untuk sebuah motor dan pembonceng tidak dibenarkan memasuki kawasan premis.

Pusat jualan alat ganti dan kaunter jualan alat ganti masih belum dibuka sehingga dimaklumkan kelak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 5:36 PM