PUSAT servis Modenas dibuka dua kali seminggu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PUSAT servis Modenas dibuka dua kali seminggu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lizam Ridzuan


MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) membuka kembali operasi perkhidmatan selepas jualan mereka di cawangan Subang, Ipoh, Gurun dan Kuantan.

Hanya dibuka dua kali seminggu iaitu Isnin dan Khamis dari jam 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini (20 April) sehingga diberitahu kelak jika terdapat sebarang perubahan.

Industri automotif kembali dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun ia masih tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang ditetapkan.

Mengambil kira sebagai mengekang penularan pandemik Covid-19, Modenas juga menetapkan masa operasi yang singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi penjarakan sosial serta pemantauan amalan kebersihan.

Pusat servis ini hanya akan melayani pelanggan dengan temujanji yang boleh dilakukan secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis atau WhatsApp ke talian Modenas Careline di 019-570 8135.

Pelanggan akan dihubungi kakitangan cawangan terbabit berdasarkan layanan pertama untuk mengesahkan slot dan akan meminta mereka memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis selain suhu badan akan diperiksa.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 11:06 AM