MODEL Lexus  ES Serba Baharu.
MODEL Lexus ES Serba Baharu.
Lizam Ridzuan


DUA model paling laris untuk jenama kenderaan premium, Lexus, kini ditawarkan dengan gaya dan sentuhan baharu yang menambah elemen keselesaan serta keselamatan termaju.

Lexus ES Serba Baharu dan RX Baharu, yang sarat dengan elemen berkenaan, dilancarkan oleh Lexus Malaysia, sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama itu di negara ini.

Lexus ES Serba Baharu dengan tema ‘Provocative Elegance’ kenderaan sedan mewah yang ditawarkan dalam dua varian iaitu ES 250 Luxury dan ES 250 Premium de­ngan tujuh pilihan warna.

Kedua-duanya turut didatangkan dengan dua pilihan warna untuk ruang dalaman iaitu cok­lat dan hitam.

SUV Lexus RX 300.
SUV Lexus RX 300.

Model generasi ketujuh ini juga 65 milimeter (mm) lebih panjang serta 45mm lebih lebar, namun keting­giannya dikurangkan 5mm.

Ia turut menawarkan keselesaan buat penumpang belakang dengan ruang kaki ditambah 10mm.

ES didatangkan dengan ‘moonroof’ dan kemasan gril corak gelendong yang menyerlahkan identiti jenama ini.

Lampu hadapan nipis, lampu isyarat membelok bentuk L juga rim aloi 18 inci menambahkan lagi sentuhan premium model ini.

RUANG dalaman elegan.
RUANG dalaman elegan.

Lexus ES 250 Premium dan Luxury dijana enjin 2.5 liter empat silinder petrol untuk kuasa kuda 204 hp pada 6,600 rpm serta tork 247 Nm pada 5,000 rpm. Ia dijual pada harga RM299,888 dan RM332,888 (atas jalan tanpa insurans).

Model Lexus RX Baharu yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan memasuki pasaran pada 1998 kini ditawarkan melalui model RX 300 dengan tiga varian iaitu Premium, Luxury dan F Sport serta dua tambahan warna baharu ‘Terrane Khaki Mica’ dan ‘Ice Ecru Mica Metallic’.

Antara pembaharuannya ialah gril hadapan baharu, lampu hadapan dengan bentuk lebih tajam yang didatangkan lampu nyalaan siang (DRL) serta rekaan bentuk L pada perumah lampu belakang.

LEBIH panjang 65mm berbanding model sebelumnya.
LEBIH panjang 65mm berbanding model sebelumnya.

Untuk pintu but, melalui varian Luxury dan F Sport, ia boleh dibuka secara bebas tangan iaitu hanya dengan meletakkan kaki di bawah bampar.

Model ini juga didatangkan dengan paparan skrin sesentuh bersaiz 12.3 inci untuk fungsi hiburan dan maklumat.

RX300 dijana enjin 2.0 liter petrol dengan pe­ngecas turbo twin-scroll untuk kuasa kuda 235 hp pada 4,800 hingga 5,600 rpm dan tork 350 Nm pada 1,650 hingga 4,000 rpm dipadankan transmisi enam kelajuan.

RX 300 dijual pada harga RM399,888 (Premium), RM424,888 (Luxury) dan RM439,888 ( F Sport) (atas jalan tanpa insurans) dan semua model Lexus didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan.

RUANG dalaman RX300
RUANG dalaman RX300

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 5:20 AM