HONDA City Edisi Istimewa.
HONDA City Edisi Istimewa.
Lizam Ridzuan

SEBAGAI model sedan segmen-B bukan tempatan paling laris di negara ini, Honda Malaysia memperkenalkan Honda City Edisi Istimewa ke dalam pasaran.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu ‘White Orchid Pearl’ dan ‘Passion Red Pearl’.

Honda City ini juga didatangkan dengan pembaca kad tol binaan dalam bagi kemudahan penggunaan kad ‘Touch & Go’ yang tidak lagi menggunakan bateri sebaliknya daripada sumber tenaga dalam kenderaan.

PEMBACA kad tol binaan dalam.
PEMBACA kad tol binaan dalam.

Perakam Video Digital (DVR) sangat berguna untuk merakam perjalanan kenderaan dari arah pandangan hadapan dan belakang memberikan kelegaan keselamatan kepada pemilik.

Menambah gaya sporty, ia juga dilengkapi ‘visor’ pintu rekaan aerodinamik untuk melindungi keseluruhan penumpang daripada air hujan memasuki kabin ketika cermin tingkap diturunkan sedikit untuk udara lebih segar.

‘Trunk Organiser’ pula membantu memastikan ruang but kemas dan tersusun sebagai ciri praktikal yang menjadi nilai tambah kepada model Honda City Edisi Istimewa ini.

PERAKAM DVR.
PERAKAM DVR.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toici Ishiyama berkata, model Honda City sememangnya pilihan utama kepada pelanggan di negara ini yang menyumbang sebanyak 34 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat.

“Edisi ini diperkenalkan sebagai memberi nilai tambah kepada pelanggan yang sentiasa menyokong jenama Honda.

“Ia juga bersempena kempen ‘Road to 900,000 Unit Milestone’ yang dimulakan baru-baru ini,” katanya.

RUANG but lebih kemas.
RUANG but lebih kemas.

Honda City dijana enjin 1.5L i-VTEC dengan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah teknologi ‘Earth Dreams Honda’ yang menawarkan prestasi dan penggunaan bahan api efisien.

Ia juga menawarkan ruang but paling luas dalam segmennya sehingga 536 liter menjadikan City sedan yang sesuai untuk pelbagai golongan sama ada kegunaan ke tempat kerja atau pulang ke kampung.

Untuk pasaran Malaysia, Honda City Edisi Istimewa dijual pada harga RM75,955 (Passion Red Pearl) dan RM76,075 (White Orchid Pearl). Semua harga atas jalan tanpa insurans. #vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 6:00 AM