Lizam Ridzuan


PASSENGER Cars Malaysia (VPCM) sebagai pengedar utama kenderaan jenama Volkswagen membuka pratempahan untuk model Arteon serba baharu R-Line yang diimport sepenuhnya.

Bakal dilancarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi, ia ditawarkan pada harga RM290,000 hingga RM310,000.

Menampilkan rekaan ‘fastback’ 5-pintu, ia adalah model utama Volkswagen yang menawarkan reka bentuk ‘avant-garde’ bersama pengendalian dinamik.

Untuk prestasi, Arteon dikuasakan oleh enjin turbo 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah ‘direct shift gearbox’ (DSG) tujuh kelajuan.

Ia menghemburkan kuasa mencecah 280 PS dan tork 350Nm yang boleh dicapai di antara 5,100 hingga 6,500 rpm.

Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda ‘4MOTION’.

Untuk ruangan dalaman, melalui Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), ia turut menyediakan sistem hiburan dan maklumat ‘Discover Pro’ baharu.

Ia terdiri daripada skrin bersaiz 9.2 inci dengan ciri kawalan gestur dan Ketersambungan Aplikasi tanpa Wayar (CarPlay, Android Auto serta MirrorLink).

Bagi kemudahan pemandu, kamera 360 darjah yang baharu membolehkan pemandu melihat kawasan di sekeliling kenderaan menerusi empat unit kamera bersepadu.

Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line didatangkan dalam lapan warna iaitu kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.volkswagen.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Julai 2019 @ 5:10 AM