TRAK baharu TNB daripada Isuzu.
TRAK baharu TNB daripada Isuzu.

ISUZU Malaysia Sdn Bhd menyerahkan 61 trak ringan Isuzu (Crew Cab) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini melalui pengedarnya, Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM).

Selaras dengan pelan perkembangan trak sokongan TNB ini, ia akan digunakan untuk kerja-kerja luar bagi disesuaikan mengikut keperluan servis dan perkhidmatan.

Sebelum majlis penyerahan berlangsung, sesi latihan diadakan untuk pekerja dan pemandu TNB yang merangkumi pelbagai topik seperti teori produk, penyelenggaraan asas kenderaan dan pemeriksaan pra-penghantaran.

Unit-unit diserahkan itu juga dilengkapi dengan badan trak ‘Roller Shutter’ dan ruang kabin berkembar yang mampu memuatkan sehingga lima penumpang dewasa dengan selesa.

Enjin ‘Heavy Duty Common Rail’ 4HK1-TC pula memastikan tenaga dan prestasi pemanduan sentiasa lancar selain penjimatan minyak.

Turut hadir pada majlis penyerahan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Koji Nakamura dan Pengurus Besar Kanan, Bahagian Pengurusan Flit TNB Datuk Viswanathan Subramaniam. #vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 7:30 AM