Anggota penyiasat membawa suspek ke lokasi mayat Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP/ASYRAF HAMZAH
Anggota penyiasat membawa suspek ke lokasi mayat Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP/ASYRAF HAMZAH
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan, di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

"Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan

'DNA positif, mayat adalah Nur Farah Kartini'

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis akan mohon sambung reman suspek

Kerajaan tawar khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah

Keluarga Nur Farah Kartini mohon urusan tuntut jenazah dipermudah

Sarawak hargai keprihatinan UPSI bantu keluarga Nur Farah Kartini

'DNA positif, mayat adalah Nur Farah Kartini'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 8:35 PM