Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura,

Turut didakwa, tiga adik beradik lelaki yang ditembak mati 17 Mei lalu, Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19.

Radin Imran berhadapan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Fahaman itu didakwa disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isterinya serta tiga anaknya yang lain.Anak lelaki sulungnya pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berhadapan satu pertuduhan.

Berita lanjut menyusul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 10:23 AM