LOKASI helikopter TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut. FOTO L Manimaran
LOKASI helikopter TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut. FOTO L Manimaran
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: "Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Saya nampak dua pesawat itu berselisih di bahagian belakang dan berpusing sekejap sebelum menjunam jatuh."

Demikian kata saksi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

"Ketika itu saya nampak dua helikopter berkenaan berselisih di bahagian ekor dan kipas sebelum berpusing dan menjunam jatuh kurang daripada satu saat.

"Saya tidak dengar bunyi letupan dan juga tiada percikan api namun apabila terjatuh ke darat saya dapat lihat ada serpihan (bahagian pesawat yang jatuh) dan asap sebelum asap itu hilang," katanya yang enggan dikenali kepada Harian Metro.

Katanya, dia terkejut dan terkedu melihat kejadian itu yang baru pertama kali dilihat di depan mata sendiri dan mengakui dia mahu cuba membantu namun semua mangsa tidak dapat diselamatkan.

"Suasana ketika itu memang gempar tetapi terkawal. Bantuan perubatan memang sentiasa bersedia setiap kali raptai dilakukan," katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi, dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut dilaporkan bertembung dan terhempas sekali gus mengorbankan 10 anggota dan pegawai.

Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Berita Berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 6:04 PM