Bernama-Xinhua

The Hague: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Jumaat mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil berhubung perintah itu dalam tempoh sebulan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan permohonan kepada ICJ untuk prosiding terhadap Israel, berhubung dakwaan pelanggaran terhadap kewajipannya mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid berkaitan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 10:02 PM