BERNAMA

Petaling Jaya: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, semalam ditemukan dengan kesan jerut di leher.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, bedah siasat mendapati punca kematian mangsa bukan kerana lemas.

"Mayat ditemukan dengan kesan jerut di leher dan beberapa kecederaan lain.

"Mangsa mungkin tidak mati di tempat mayatnya ditemui, dipercayai sudah meninggal dalam tempoh 48 jam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, malam ini.

Mohd Shuhaily berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

"Suspek dipercayai tahu selok-belok kawasan penemuan mayat," katanya.

LOKASI mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan kawasan perindustrian Kampung Cheras Baru. FOTO ihsan pembaca
LOKASI mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan kawasan perindustrian Kampung Cheras Baru. FOTO ihsan pembaca

ZAYN Rayyan Abdul Matiin.
ZAYN Rayyan Abdul Matiin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 11:32 PM