PELUMBA berbasikal trek, Shah Firdaus Sahrom dan pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari membawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH

Syafiq Aznan

Hangzhou: Selari dengan tema Sukan Asia ke-19 iaitu 'Hati ke Hati@Masa Depan,' pakaian bagi perarakan kontinjen negara pada Majlis Pembukaan Sukan Asia 2022, malam ini bukan hanya pakaian semata-mata.

Ini kerana pakaian terbabit membawa makna yang besar berkonsepkan rasa santai, mengikut peredaran zaman, bijak tetapi dipacu rasa semangat muda sebagai simbol kepada @Masa Depan.

Ia menjadi pilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai simbolik kepada cita-cita dan keazaman MOM sebagai pemegang taruh sukan di Malaysia bagi menyemarakkan hubungan 'Hati ke Hati' selain menghidupkan @Masa Depan kepada gerakan Olimpik di negara ini.

Untuk itu, blazer berwarna biru, tali leher merah buat atlet dan pegawai lelaki serta seluar panjang putih menggambarkan rasa kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang terdapat pada bendera Malaysia.

KONTINJEN Malaysia memasuki perarakan pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH
KONTINJEN Malaysia memasuki perarakan pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH

Malaysia akan menjadi negara ke-22 yang berarak masuk di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou dengan dua atlet iaitu atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan atlet skuasy, S Sivasangari sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Seramai 50 atlet menyertai perarakan malam ini membabitkan 28 atlet dan 22 pegawai diketuai Ketua Kontinjen, Datuk Dr Chong Kim Fatt serta dua timbalannya, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli dan Prof Madya Dr Farrah Hani Imran.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Nor Zakaria melihat semangat atlet pada edisi kali ini begitu tinggi sekali gus mengharapkan kejayaan lebih baik pada temasya kali ini.

"Ini adalah Sukan Asia selepas Covid-19 dan atlet kita sudah bersedia lebih empat tahun untuk menghadapi sukan ini. Semangat ditunjukkan mereka sangat tinggi.

UPACARA persembahan pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH
UPACARA persembahan pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH

"Jadi kita harap prestasi kita di Hangzhou ini dapat memberikan pulangan dan keputusan baik," kata Norza.

Bagi majlis pembukaan malam, persembahan gala disajikan menerusi tiga babak di mana babak pertama adalah 'Timeless Grace' yang mengandungi tiga bahagian iaitu 'The Charm of Ink Wash', 'Jiangnan Through The Mist and Rain' serta 'Shining Through the Ages'.

Babak kedua menampilkan 'Tidal Bore Of The Qiantangjiang Rivers' dengan tiga bahagian juga iaitu 'Riding The Waves', 'Rising To The Top' dan 'Surging To The Future.'

Babak terakhir bertemakan 'Together Towards The Future' dengan bahagian 'Shanshui', 'A Community That Knows No Boundaries' serta 'We Are Family.'

UPACARA persembahan pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH
UPACARA persembahan pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 10:09 PM