ANGGOTA jentera Perikatan Nasional (PN) memakai topi PN ketika tinjauan di Pusat Khidmat Dun Lunas, Padang Serai. FOTO Luqman Hakim Zubir.
ANGGOTA jentera Perikatan Nasional (PN) memakai topi PN ketika tinjauan di Pusat Khidmat Dun Lunas, Padang Serai. FOTO Luqman Hakim Zubir.
Izad Thaqif Hassan


Kulim: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului dengan 14,536 undi.

Setakat 9.15 malam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memperoleh majoriti 5,186 undi, mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak (9,350 undi).

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj yang memberi laluan kepada PH pula menerima 1,042 undi, calon Bebas Sreanandha Rao (215), dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Hamzah Abd rahman (127).

Calon Parti Warisan, Mohd Bakhri Hashim yang turut memberi laluan kepada PH pula menerima 55 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 9:52 PM