BENDERA Barisan Nasional.
BENDERA Barisan Nasional.

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mendahului saingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Keputusan tidak rasmi dikeluarkan Bernama setakat 8.58 malam, mendapati BN memperoleh 7,669 undi, berbanding Perikatan Nasional 7,115 undi, Pejuang 76 undi dan Bebas 53 undi.

DUN Tioman menyaksikan saingan lima penjuru, membabitkan calon PN, Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang), Sulaiman Bakar (BEBAS).

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran ringkas di Facebook mendakwa BN menang pilihan raya kerusi itu dengan kemenangan tipis.

"Alhamdulillah BN menang di Tioman dengan majoriti 638," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 9:18 PM