Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Jangkaan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan hari ini meleset apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah masih belum memberi perkenan bagi perkara itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN yang dikemukakan beliau kepada Sultan Nazrin pada hari ini akan diumumkan selepas baginda berkenan membuat keputusan.

"Belum dapat perkenan (Sultan Nazrin) lagi untuk DUN dibubarkan," katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Saarani berkata, Sultan Nazrin bertitah bahawa baginda mengambil maklum mengenai permohonan yang dikemukakan dan akan membuat pertimbangan sewajarnya.

SAARANI ketika tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO L Manimaran
SAARANI ketika tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO L Manimaran

"Oleh demikian sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN akan diumumkan selepas Tuanku (Sultan Nazrin) berkenan membuat keputusan," katanya.

Ditanya mengenai jangkaan akan dipanggil menghadap semula oleh Sultan Nazrin bagi keputusan permohonan pembubaran DUN itu, Saarani tidak mengetahuinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2022 @ 4:46 PM